CahayaDiana.com ®

💕 Coretan Hati Cik Editor - Bukan Blog Gosip Artis 💕
Slider | Tip Pemasaran

Nak Produk Anda Viral? Guna Cara ni…

06/01/2017
Nak Produk Anda Viral? Guna Cara ini : Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Artikel ni kak D copy and paste dari posting kak D baru-baru ni di fesbuk tapi edit sikitlah nak bagi sedap dibaca. Tak tahulah anda ‘bran’ ke tak untuk buat benda-benda macam ni. Hehehee.. apa-apa pun kak D sekadar berkongsi pengalaman…
—–
Dulu masa blajaq tentang periklanan.. lecturer bagitahu.. Salah satu teknik pemasaran yang berkesan ialah menyebarkan ‘keburukan jenama produk’..
Sebab… orang suka nak tahu dan sebarkan dari mulut ke mulut perkara-perkara keburukan ni.. bila dah tersebar keburukan… apa yg baiknya ialah orang tahu “Jenama” produk tu… (walaupun cerita keburukan).
 
Ok.. bila ramai dah “Tahu Jenama”… kemudian dalam jarak yang tak lama selepas itu… baru sebarkan “kebaikan” pula… sebagai contoh…
 
(ni lecturer kak D sendiri yang bagi contoh)
 
Produk kosmetik sekian-sekian mengandungi racun… dan tak selamat digunakan.. Pengguna menjadi takut untuk pakai dan mula sebarkan keburukan produk tu….. Ada yang tak pernah tahu kewujudan jenama tu.. terus tahu…wujudnya Jenama tersebut..
 
Dalam tempoh tak sampai sebulan.. pihak syarikat mengeluarkan statement mengatakan produk mereka sebenarnya selamat digunakan dan berita yg tersebar adalah fitnah semata-mata. Time tu lah semua bukti dan pengesahan terutama dari pihak KKM akan dikeluarkan.
 
Sekali lagi… individu yg sebarkan keburukan tadi akan maklumkan kembali kepada individu lain untuk membetulkan keadaan… nampak tak game dia?
 
——
Hmmm… bila tahu pasal ni.. setiap perkara yang viral tentang sesuatu produk pun kak D anggap semuanya adalah strategi pemasaran ataupun satu agenda untuk meraih “publisiti supaya orang tahu jenama produk” tu…
 
Sama jugak dengan orang yang suka buat video viral pelik-pelik  nie.. motif mereka adalah untuk menjadi terkenal dan orang tahu tentang kewujudan mereka.. Lepastu.. mudahlah mereka nak mempromosi sesuatu produk bila dah terkenal..
 
Apa-apa pun.. jangan salahkan mereka dan keluarga mereka kerana mereka bijak. hahahaa…
 
There is no right or wrong dalam pemasaran.. Everything is all about marketing. Sama ada kita sedar atau tak…kita sendiri yang jadi “tukang viral” tu… heheheee… ??????
 
PS: Bagi orang Islam.. kita ada guideline & patut tahu mana yg halal dan haram… buatlah pemasaran yang patuh syariah.. ?? . (Sekian edisi ostazah ) heheee.. 
———-
  1. kalo produk memberi menafaat apa la salahnya diviralkan
    sebab generasi kita ni susah nak pahamkan kepentingan menjaga kesihatan, sebab hospital kan percuma. sebab tu rakyat kitakurang ambik peduli…hihi

    cepat la kalo guna kaedah gitu…mmg cepat la kekabooom

    1. Betul tu seri.. sekarang ni benda yang viral kita tak boleh terus percaya produk tu betul2 bermanfaat. Tapi tengok jugak apa yg diviralkan. Kalau viral tentang testimoni yang sahih.. In Shaa Allah boleh percaya. Tapi kalau sekadar viral dengan short2 video buat lawak bagai tu.. belum tentu boleh percaya sebab atas dasar ‘publisiti’ yg diraih bukan atas dasar cerita tentang produk, tapi tentang “siapa” yang bercerita tentang produk. Huhuhuu… nak cerita bab2 ni memang tak habis.. banyak hujah boleh keluar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge