CahayaDiana.com ®

💕 Coretan Hati Cik Editor - Bukan Blog Gosip Artis 💕
Tutorial

Panduan Install & Create Account Skype

19/06/2011

Bagaimana nak Install Skype & Create Skype account atau dalam erti kata lain.. sign up akaun skype.. lebih kurang la tu. Janji kita semua boleh faham… Sekali lagi CD tegaskan di sini.. dalam menjalankan bisnes Vemma, CD memang 100% coaching dengan PM yg dari jarak jauh dengan guna Skype sahaja.. So, nak tak nak .. hari tu kita dah  DOWNLOAD Skype kan? Jika belum download, boleh terus ke sini untuk download. Nak tengok panduan download klik sini.. Jika dah download..sabar yer.. sikit lagi step utk kita semua memiliki akaun Skype sendiri.. heheheee.. Ok..jom layan tutorial ni…;

Langkah-langkah untuk INSTALL Skype ke dalam komputer @ PC anda

Mula2 baca Bismillahirrahmanirrahiiimmmm…. dulu 🙂

STEP 1

Pastikan anda tahu di mana anda simpan file ‘SkypeSetup’ anda. Cth macam saya, diletakkan pada folder > Diana > Download. Klik pada ‘SkypeSetup.exe’

STEP 2

STEP 3

Garisan hijau menunjukkan proses install sedang berlangsung… tunggu sehingga INSTALLATION SELESAI

STEP 4

Setelah Installation berjaya, window ‘Welcome to Skype yang berwarna biru [seperti di dalam gambarajah di dalam kotak kuning] di atas akan terpapar pada ruang desktop anda

SELESAI INSTALL


*********************************************************************************

Ok sekarang, proses INSTALL pun dah selesai. Ini bermaksud aplikasi Skype sudah ada di dalam komputer/PC anda. Langkah seterusnya ialah Create Account Skype bagi yang belum mempunyai akaun. Sebagai pengguna baru, dah tentu anda belum memiliki akaun Skype. Tapi jika anda adalah pengguna Skype sebelum ini (pernah guna di komputer orang lain atau komputer ofis ke.. ) anda hanya perlu log in sahaja dengan menggunakan Skype Name dan Password. Jika anda pasti anda memang tak pernah guna Skype sebelum ni, jadi jangan tunggu lama2.. Jom kita Create Account Skype sekarang!

Langkah2 Untuk Create Skype Account atau dalam ertikata lain.. Sign Up akaun Skype!

STEP 1

Setelah anda berjaya Install Skype ke dalam komputer/PC anda, window ini akan terpapar. Ini adalah log in window untuk menggunakan Skype

STEP 1A

Jika windows ‘Welcome tu Skype’ tidak kelihatan seperti di Step 1, sila double click pada logo Skype yg tedapat di desktop anda seperti gambarajah di atas.

STEP 2

Isikan semua maklumat yg diperlukan. Untuk Skype Name harus di antara 6-32 characters. Password pula antara 6-20 characters.

STEP 3

Akaun Skype telah berjaya di ‘create’.

TAHNIAH! Kini anda telah memiliki akaun Skype… 🙂

Add untuk berchatting dengan saya:

Skype Name saya: cahayadiana29

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge