CahayaDiana.com ®

💕 Coretan Hati Cik Editor - Bukan Blog Gosip Artis 💕
Umum

Pembuka tirai Disember yang amat menyedihkan [Part 2]

02/12/2013
Fast-Furious-paul-walker-5012294-1600-1200
Ada apa dengan filem Fast and Furious? .. Owh ada Paul Walker…

Sebelum ni CD ada post tentang topik yang sama yang CD klasifikasikan sebagai ‘Part 1‘. Sila klik di sini jika nak baca apakah peristiwa sedih yang CD maksudkan tu. Ini dah Part 2. Tapi jangan risau, antara Part 1 & Part 2 tak ada kesinambungan dan semuanya stand alone. Lebih kurang macam filem Fast & Furious tu lah.

Agak-agak anda dah boleh teka kan apakah cerita menyedihkan dalam Part 2 ni. Memang tak lain tak bukan kehilangan seorang aktor hebat dunia iaitu Paul Walker, salah seorang pelakon utama di dalam filem Fast & Furious.

Mula-mula CD tak perasan yang orang sedang memperkatakan tentang PW ni sebab CD sebenarnya bukan ambik tahu sangat nama-nama artis luar ni. CD hanya tahu tonton jer tapi tak ambik pot sangat dengan nama-nama diorang. Kalau ter’kenal’ secara tak sengaja tu nasiblah..

Al-Kisahnya si mendiang Paul Walker ni pun CD tak cam lagi dia hinggalah orang mengaitkan beliau dengan filem Fast & Furious barulah CD perasan. Time tu mulalah turut rasa sedih yang tak terhingga sebab lakonannya sangat bagi impact dalam filem tu. Mana taknya.. Hero kot selepas Vin Diesel (yang ni otai memang CD tahu nama dia).

Ok berbalik kepada kisah kematian PW ni CD pun rajin nak print screen di FB (mana lagi sumber CD nak ambilkan?.. FB ler jawapnya.) CD tahu ramai yang frust sebab beliau meninggalkan kita dalam usianya yang muda.. 40 tahun still consider muda dan perjalanannya di Fast & Furious tu masih lagi jauh sebab peminat akan sentiasa menanti-nantikan lakonan beliau selain dari Vin Diesel. Itulah Qada’ Qadar ketentuan Ilahi namanya dan bila dah sampai masanya..dia pergi.. tiada siapa yang dapat menghalang…

paul-walker-fast-furious
Foto ni dah sah-sah CD ambil dari blog tengoktvonline seperti yang anda lihat pada imej.

Ok jom baca berita mengenai kematian beliau yang CD dapatkan dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

*******

KUALA LUMPUR: Pelakon Paul Walker yang terkenal dengan filem ‘The Fast and The Furious maut akibat kemalangan jalan raya pada petang Sabtu, 30 November.

Kematian pelakon berusia 40 tahun itu disahkan melalui lamat twitter dan Facebook.

walker

Berita kematiannya turut dilaporkan secara eksklusif dalam portal berita hiburan TMZ.

Menurut laporan itu, kejadian berlaku di Santa Clarita, utara Los Angeles.

Memetik kata-kata sumber, laporan itu mendakwa bahawa pelakon itu berada di dalam sebiji kereta Porshe bersama pemandu kereta tersebut, apabila beliau hilang kawalan dan melanggar sebatang pokok.

Kereta itu terus meletup dan terbakar.

Namun, identiti pemandu yang bersama Walker tidak dapat disahkan lagi walaupun dilaporkan bahawa beliau turut meninggal dunia.

Walker dilaporkan berada di Santa Clarita untuk pertunjukan kereta amal sempena tragedi taufan di Filipina.

paul-walker-fast-furious-1 paul-walker-fast-furious-2 paul-walker-fast-furious-3 paul-walker-fast-furious-4

 

 

[Sumber]

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge