CahayaDiana.com ®

💕 Coretan Hati Cik Editor - Bukan Blog Gosip Artis 💕
Umum

Pembuka tirai Disember yang amat menyedihkan [Part 1]

02/12/2013

kes-tiga-beradik

Alahai.. apalah yang dah jadi dengan Malaysia sekarang ni. Tengah semangat CD mengupdate fanpage dan blog tentang “Hello Disember” ni tak sangka pulak terserempak dengan beberapa news yang sangat menyedihkan di Facebook. Scroll jer di News Feed jumpa berita sedih sampai rasa semakin takut nak membaca. Tapi kalau tak baca tak tahu pulak. Bila dah baca rasa tak sanggup nak habiskan pembacaan. Ya Allah ya Tuhanku.. jauhilah ahli keluarga ku, saudara-mara, sahabat handai dan mereka-mereka yang aku sayang dari mara bahaya.

Ramai tokoh-tokoh usahawan berjaya tak amal membaca akhbar di waktu pagi untuk mengelakkan diri dari membaca berita-berita yang menyedihkan. Bukan tak nak ambil tahu perkembangan semasa tapi supaya kita dapat memulakan pagi dengan perkara-perkara yang baik-baik sahaja. Jadi biasanya mereka akan membaca buku-buku motivasi, membaca Al-Quran selepas Subuh, buku keagamaan dan sebagainya. Agar hari kita tidak dipengaruhi dengan kisah-kisah pilu di akhbar. Tapi sekarang bukan lagi akhbar, Facebook, blog dan sebagainya memang dok update berita terkini yang sememangnya yang menyedihkan belaka.

Kisah sedih pertama yang CD terjumpa beberapa kali di News Feed facebook ialah; Kisah 3 Beradik Mati di bunuh di Kedah. Mula-mula baca cerita tentang penemuan mayat si kakak, Noor Syafikah Nadia, 14 Tahun manakala dua adiknya hilang. Lepas tu CD terjumpa pula cerita beberapa version mengatakan Noor Syafikah Nadia telah dirogol dahulu sebelum dibunuh. Alahai kejamnya.. terganggu emosi CD jap dengan kes ni.

Lepas tu ada pula yang mengatakan jangan percaya blog-blog picisan yang suka mereka-reka cerita. Huhuhuu… yang si blogger ni pun satu hal. Tolonglah jangan sebab nak update berita cepat dengan niat untuk mendapat banyak traffic sampai mereka-reka cerita macam ni. Sama juga dengan apa yang berlaku dengan kes ‘Villa Nabila’ yang lepas. Macamana ni? CD dah mula confuse antara perasaan sedih mengenangkan kanak-kanak yang dibunuh tu dengan perasaan geram dengan blogger yang update macam-macam cerita. Sebab tu lah CD nak update ni pun teragak-agak. Tapi kisah si 3 beradik ni apa yang pasti mangsa pertama si kakak tidak ada kesan-kesan dirogol setelah bedah siasat dilakukan. Di bawah ni antara posting-posting di FB yang CD sempat print screen. Boleh lihatlah beberapa version yang ada.

post-komen-aizad
Reaksi masyarakat..
disahkan-dirogol
Benarkan adik Noor Syafikah Nadia dirogol?
kes-tiga-beradik-bukan-kes-biasa
Rasanya sumber dari Sinar Harian ni version yang boleh dipercayai

Kalau nak baca kisah selanjutnya jom lah ke sini. Rasanya anda boleh nilai sendiri mana yang betul dan salah. Version yang lain-lain tu CD malas nak share kat sini sebab musykil dengan kesahehannya. Walaubagaimana pun CD nak ambik kesempatan ini untuk megucapkan Takziah kepada keluarga mangsa. Al-Fatihah buat ketiga-tiga beradik ni. Semoga mereka bertiga ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.. Amiinnn..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge