CahayaDiana.com ®

💕 Coretan Hati Cik Editor - Bukan Blog Gosip Artis 💕
Motivasi

Motivasi DIRI melalui RASA PERCAYA DIRI

17/11/2011

Aset paling berharga bagi kebanyakan orang adalah juga aset yang paling kurang dihargai. Aset itu, bila ditangani dengan semestinya, akan mampu memberikan hasil secara dramatik. Aset yang tidak dapat dikenakan harga setinggi apapun. Itulah otak manusia, fikiran dan proses berfikir.

Otak merupakan kawasan penyimpanan yang kapasitinya luarbiasa, menjadi pentinglah untuk berhati-hati di dalam mengisinya. Sebahagian orang mempunyai otak yang penuh dengan pemikiran dan pengalaman negatif. Mereka akan secara terus-menerus “menanamkan input” – saya tidak mampu – dengan setompok alasan mengapa mereka tidak mampu. Sehingga ketika dihadapkan pada sebuah kesempatan atau cabaran baru, otak mereka, ketika ditanya, mengirimkan jawapan : Tidak, kamu tidak mampu, atau tanggapan lain seperti itu.

Lima langkah yang diperlukan untuk membangun kepercayaan diri dan yang pada gilirannya membangun rasa percaya diri bagi motivasi diri dari dalam.

1. Hindari Mencari-Cari Alasan

Begitu ramai orang mengurungkan niat mereka dengan mengajukan alasan yang tidak masuk akal dan samasekali salah. Seperti :

– Saya tidak boleh
– Saya tidak mampu sebab…
– Pendidikan saya belum memadai
– Saya sudah terlalu tua
– Saya masih terlalu muda, dll

Siapapun dapat mencari alasan bagi hampir segalanya, maka dalam membangun kepercayaan diri, jangan sekali-kali membuat alasan. Perkara ini mungkin sangat menyenangkan dan mententeramkan hati, tetapi alasan-alasan hanya akan menghambat seseoarang dari pencapaian sasaran. Ingatlah bahawa otak anda adalah kawasan penyimpanan — apa yang anda masukkan pada gilirannya akan keluar lagi, jadi gantilah penyisipan hal-hal negatif dengan hal-hal positif.

2. Gunakan Daya Imajinasi

Otak dengan kapasitinya yang tidak terbatas dapat membantu anda dengan tanpa batasan mencapai cita-cita hidup jika anda memberinya kesempatan. Biarkan dia menggambarkan diri anda sebagai peribadi yang anda inginkan. Dengan jelas menggambarkan apapun wujud yang anda inginkan. Semakin anda memikirkan itu semua semakin besar kepastian  akan suatu hasil yang positif. Jika anda terus menerus membiarkan fikiran anda dipenuhi dengan bermacam-macam pemikiran mengenai penyakit dan kesihatan yang buruk, anda hampir pasti akan mengalami penyakit yang anda pikirkan. JIka anda terus menerus memikirkan hasil negatif tentang pergaulan atau karier bisnis, pemikiran itu pada gilirannya akan mengakar dalam diri anda.

Maka dalam proses membangun kepercayaan diri dengan menggunakan proses kesan daya imajinasi otak, pentinglah untuk menjadi yakin bahawa apa yang sedang anda fikirkan dan lihat dengan jelas adalah perkara yang positif. Perkara yang positif itu harus memungkinkan kesan positif pada diri anda dan peningkatannya, serta pemikiran positif itu harus mengarah ke sasaran anda, cita-cita dan kebahagiaan dalam hidup.

3. Jangan Takut Gagal

Kegagalan telah mengahalangi begitu ramai orang sehingga mereka mundur sebelum mencuba, berbuat atau meraih keberhasilan sebab mereka tidak mampu menerima terminologi dimana ada kemungkinan untuk gagal. Sebahagian orang benar-benar tidak pernah mencuba sesuatupun sebab rasa takut gagal ini telah menguasai otak mereka selama bertahun-tahun. Setiap hari mereka memikirkan kegagalan ini sehingga mereka tidak pernah sungguh-sungguh melakukan sesuatu dan pada akhirnya mereka tidak percaya diri dan penuh keraguan.

4. Penampilan Membentuk Kepercayaan Diri

Penampilan luar memang bukan segalanya. Kadang-kadang perlu untuk membelanjakan wang demi penampilan luar yang menarik, kerana dengan penampilan luar yang menarik memberi kesempatan yang ada dalam diri anda untuk merasa baik. Tetapi haruslah tetap bersikap realistik. Sebahagian orang bersikap berlebihan dalam penampilan mereka dan pada akhirnya semua itu hanya demi kepuasan ego mereka.

5. Susunlah Catitan Mengenai Sukses Yang Diperoleh

Setiap orang pernah mencapai kejayaan dalam hidupnya. Cara mengumpulkan catitan kejayaan masa lalu sangat sederhana. Fikirkan balik kejayaan anda yang paling awal yang mungkin terjadi pada masa sekolah ketika memenangi lumba lari sambil meletakkan “Bean Bag” atas kepala atau berlari dengan memakai guni “Sack Race”. Mungkin juga berawal dari ucapan tahniah ketika memenangi pertandingan lukisan. Ini  dapat dilakukan secara lisan pada suatu audio kaset atau buku catitan. Anda boleh melihat kembali catitan dan memperbaharui aset paling berharga anda dengan kenangan akan kejayaan tersebut.

Motivasi hanya dapat mengabadikan diri berdasarkan harapan. Untuk memotivasi diri, seseorang harus memiliki harapan tentang sebuah masa depan. Oleh kerana itu dalam memotivasi diri seseorang bertanggungjawab untuk menciptakan sendiri harapannya.

Hidup yang tidak memiliki tujuan jauh lebih menakutkan daripada hidup yang tidak mencapai tujuan.

 

Sumber dipetik dari: http://halaqah.net/v10/index.php?topic=1487.0

  1. Betul tu,percaya kepada diri sendiri ,terima apa yang di beri oleh nya yan maha esa..yakin dan buat apa yang kita rasa betul ,kita mesti buat sampai berjaya…

  2. ada dua perkara yang saya masih mencari-cari penjelasannya yang boleh jadi ada hubungan dengan tulisan tuan ini. yang pertama mengenai benarkah otak sebagai tempat menyimpan kekal (seperti hard disk) atau hanya tempat menyimpan sementara sementara masih bernafas. yang kedua mengenai samada ini ialah keyakinan kepada diri atau keyakinan kepada tuhan.

    untuk yang pertama, jika otak ialah tempat menyimpan kekal, adakah kitaka jasad kita hancur, sudah tiadak ada apa-apa lagi yang tersimpan. keadaan ini menyebabkan saya ada kepercayaan bahawa tempat menyimpan kekal berada di tempat lain seolah-olah seperti zaman ini orang boleh menyimpan data di cloud. otak itu hanyalah seperti pemerosesan yang boleh dipertingkatkan, tetapi segala ingatan tersimpan di tempat lain yang kekal. Dalam hal ini saya membayangkan sistem tubuh kita seperti komputer. Walaupun setelah komputer itu hancur-lebur, oleh kerana semua ingatan berada di tempat lain, setelah dipasangkan pada kumputer baharu, semua ingatan akan pulih kembali. Keadaan inilah yang membolehkan kita menolak kepercayaan orang yang tidak percaya bahawa setelah kita mati dan hidup semula, kita akan ingat semua yang telah dilalui, bukan hilang begitu sahaja setelah jasad hancur.

    Mengenai keyakinan kepada tuhan, ia dilihat seolah-olah sama dengan orang yang yakin kepada diri sendiri. Tetapi saya melihatnya berbeza apabila orang yang yakin kepada diri sendiri yang tidak percaya ada tuhan. Dalam diri sendiri juga berbeza kerana saya lihat, walaupun orang percaya kepada tuhan, tetapi hanya yakin kepada diri sendiri, belum tentu mereka melakukan mengikut perintah tuhan.

    Saya lihat, orang yang yakin kepada tuhannya, dia mempunyai fakta tentang apa yang dia percaya dari tuhannya dan tindakannya dilihat seperti orang yang yakin kepada diri sendiri juga. Saya minta maaf jika tulisan ini dianggap tidak diperlukan di sini, walaupun saya berharap ia berguna di sini.

    Kepada tuhan saya berharap.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge