CahayaDiana.com ®

💕 Coretan Hati Cik Editor - Bukan Blog Gosip Artis 💕
Motivasi | my Mentor

Persamaan Cahaya Diana dan Irfan Khairi

09/11/2016

Persamaan Cahaya Diana dan Irfan Khairi : Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Sedap tak tajuk entry ni… maaf la ada unsur2 *perasaan sket.. konon-konon kak D ada persamaan dengan Pakar Jutawan Internet Malaysia, Dr. Irfan Khairi. Alaa… bagi chance la kak D nak ambik aura jutawan IK sket. 😀

cahaya-diana-dan-irfan-khairi

Entry ni dibuat sempena ulang tahun yang pertama kak D tamat pengajian dengan IK dalam kursus Advance Marketing & Branding pada tarikh hari ini 9 November . Tu pun sebab facebook yang keluarkan balik foto kak D dengan IK tu. “FB Memory of The Day” katanya. Caption pada gambar yang kak D tulis setahun yang lalu lah yang buatkan kak D nak kongsi di sini tentang persamaan kak D dengan IK. Kikikii…

Nak tahu apa persamaan tu? Baca caption kat gambar ni. hehehee..

persamaan-cahaya-diana-dan-irfan-khairi

 

 

CD NAK JADI MACAM IK BOLEH TAK?

Rupanya ada banyak persamaan CD dgn IK semasa zaman belajar.. persamaan ketara yg CD nampak.. IK pernah buat design T-Shirt n jual.. buat perkara2 kreatif semasa belajar di uitm.. & ambil tempahan design logo dll.
.
CD pulak bisnes apa yer masa blaja dlu.. hahaa.. tak tahu kawan2 ingat ke tak.. masa di SMKAK ambik tempahan lukis potret, jual foto kelas dll.
.
Di KYM pula CD ambil tempahan lukis atas key chain, cd, souvenir lain.. & Jual di bandar hilir melaka.
.
Di UNIMAS CD design T-Shirt fakulti n jual.Pastu ambik tempahan lukis storyboard.. buat video2 especially utk student final project.. 😀
.
Bila tahu ttg sejarah bisnes IK mmg terasa bnyk persamaan.. cuma beza sekarang IK seorang ikon jutawan internet Malaysia.. CD masih belum siapa2 dlm industri. Hmmm…
.
So…sebab tu lah CD masuk kelas Advance Marketing & Branding IK. Alhamdulillah … bnyk lagi rupanya ilmu yg CD tak tahu. Thanks Dr. Irfan Khairi… tunjuk jalan. U are the best!! (y)
.
.
#CDdanIK
#CahayaDianaStudios

 

Haa.. siap copy and paste sekali lagi uolls. Kadang-kadang bila kita nampak kita ada persamaan dengan orang yang berjaya, kita akan fikir kalau dia boleh, aku pun boleh. Tu lah yang kak D fikirkan sebenarnya.

Bila dah banyak persamaan, sikit sebanyak kita akan follow cara mereka. Kita nak jadi macam mereka yang berjaya, rasa nak jugak bantu orang lain walaupun diri sendiri masih lagi tak terbantu.

Hidup ni memang banyak yang rahsia. Serupa tak semestinya sama. Laluan yang sama tak semestinya penghujung kita sama. Semuanya sebenarnya atas diri kita sendiri. Kita yang kawal pengakhiran kita macamana. Huh.. dah sampai kemana kak D ni.?

So, kesimpulannya jom kita fokus dengan apa yang kita buat. Tetapkan matlamat kita nak jadi orang yang macamana di kemudian hari. Kak D banyak tersasar sebelum sampai ke tahap sekarang ni. Serius banyak sangat.. Thats why kak D ‘come back’ ke track semula dan mula fokus. Bukan sahaja fokus, tapi perlu juga istiqamah.

Kejayaan bagi kak D bukanlah kejayaan kalau kita dah jutawan, kaya raya atau sebagainya. Tapi kejayaan tu diukur sejauh mana kita dapat membantu mereka yang memerlukan. Kepuasan tu akan hadir bila kita berjaya buat orang lain berjaya.

Kak D belum berjaya lagi tau. Kak D memang bukan siapa-siapa dalam industri. Kak D ada di sini sekadar berkongsi pengalaman, pendapat dan cuba menambah nilai diri sendiri dengan memberi tambah nilai kepada orang lain.. Doakan semoga apa yang kita usahakan akan beroleh kejayaan bukan sahaja di dunia tapi juga di akhirat.

 

Cahaya Diana @ Kak D
Dee the Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge