CahayaDiana.com ®

💕 Coretan Hati Cik Editor - Bukan Blog Gosip Artis 💕
Kesihatan

Pilihan Makanan yang Lebih Sihat Untuk Anak Anda

04/09/2013

Saya bukanlah pakar untuk membicarakan soal Pilihan Makanan yang lebih Sihat untuk Anak Anda. Cuma pada entry kali ni CD nak kongsikan sedit info yang diperolehi dari majalan Vemma Asia Succes tentang pemakanan sihat untuk kanak-kanak.

 

Ilmu tentang penjagaan makanan sihat ni perlu diterapkan di awal-awal lagi ketika  kanak-kanak itu masih lagi kanak-kanak.. bak kata pepatah.. Melentur buluh biarlah dari rebungnya… :).

 

PILIHAN MAKANAN YANG LEBIH SIHAT UNTUK ANAK ANDA

 

Ingin melihat anak anda makan secara lebih sihat? Ikutilah petua pemakanan terbaik Vemma!

Apabila membincangkan soal pemakanan kanak-kanak, amat penting untuk anda memupuk suatu amalan pemakanan yang baik.

 

Menurut WHO, masalah obesiti dan berat badan berlebihan telah bertambah 2 kali ganda sejak 1980. Secara global dan menjurus kepada kadar kematian yang lebih tinggi berbanding dengan golongan yang kurang berat badan.

 

Hakikatnya, lebih kurang 43 juta kanak-kanak yang berumur 5 tahun ke bawah mempunyai berat badan yang berlebihan pada tahun 2010. Hampir 35 juta kanak-kanak yang mempunyai berat badan berlebihan tinggal di negara sedang membangun manakala 8 juta lagi di negara maju.

 

Angka dan statistik yang diperolehi di Malaysia lebih mengejutkan kerana paras obesiti kanak-kanak sahaja telahpun didapati lebih tinggi berbanding negara-negara Asia lain.

 

Data daripada pelbagai kumpulan kajian telah menunjukkan bahawa sebanyak 15% kategori kanak-kanak yang masih bertatih dan prasekolah mungkin mempunyai berat badan berlebihan atau obes di Malaysia.

 

Bagi kategori sekolah rendah pula, 30% daripada pelajar-pelajar mungkin mempunyai berat berlebihan atau obes.

 

Sebagai ibu bapa, adalah sangat mustahak untuk mengajar anak-anak anda tentang amalan pemakanan yang sihat demi memupuk minda untuk membuat keputusan yang arif dan kekal sepanjang hidupnya dalam isu diet dan nutrisi.

 

Apabila menyediakan makanan bagi anak-anak anda, pastikan anda hanya memilih ramuan yang paling sihat dan segar. Mulakan dengan mengurangkan pengambilan lemak untuk anak anda terutamanya lemak tepu.

 

Pastikan dietnya adalah seimbang dengan nisbah protein dan karbohidrat yang mencukupi untuk membekalkan tenaga dan semangat yang dapat bertahan sepanjang hari. Ingatlah bahawa anak anda sedang membesar dan ia senantiasa bergerak aktif!

 

Pemakanan Sihat Bermula di sini

Perlukan petua diet untuk anak-anak tersayang? Pertimbangkan idea-idea berikut:

 

#1 Bijak Memilih Minuman

Tidak dapat disangkal bahawa kanak-kanak memang suka akan minuman manis seperti minuman berkarbonat dan jus. Namun kandungan gula tiruan dan ramuan di dalam minuman-minuman ini akan membawa kesan negatif kepada kesihatan kanak-kanak jika berlebihan, misalnya masalah kaviti dan kegemukan.

 

Penyelesaiannya? Biar anak anda mengetahui minuman yang baik untuk mereka.

kids and fruits

#2 Jangan Kedekut dengan Buah-buahan.
Kebanyakan ibu bapa gemar memilih makanan manis sebagai snek untuk anak-anak mereka. Bagaimanapun, makanan-makanan ini hanya akan mengurangkan tahap tenaga anak-anak pada waktu petang.

 

Kaitan antara gula dan obesiti perlu diketahui terlebih dahulu. Untuk menggalakkan anak anda membuat pilihan snek yang lebih sihat, sentiasa berikan buah-buahan sebagai alternatif, contohnya pisang, epal, oren dan anggur.

 

Buah-buahan ini bukan sahaja sedap dimakan, tetapi juga senang disediakan, menjadikannya pilihan ideal untuk snek.

 

Perkenalkan anak-anak kepada buah-buahan yang berwarna warni seperti strawberi, buah delima, dan kiwi kerana kesemuanya mengandungi antioksidan dan zat-zat lain yang baik untuk kesihatan.

 

#3 Elakkan Roti Putih

Kebanyakkan kanak-kanak sukakan roti dan ibu bapa juga cenderung menyediakan roti kepada anak-anak kerana senang disediakan dan dapat divariasikan dengan jem dan mentega kacang.

 

Bagaimanapun, roti putih dikenal pasti sebagai makanan yang mempunyai nutrisi sifar dan akan mengancam kesihatan anak anda jika dimakan selalu.

 

Sebaliknya pilih lah roti yang diperbuat daripada gandum penuh kerana ia mempunyai sumber serat yang lebih baik. Tambahan, ia menawarkan rasa kekenyangan yang lebih lama dan seterusnya mengurangkan peluang untuk memakan snek yang tidak diperlukan.

 

Jika ingin menarik lagi, belilah sebuah mesin membuat roti dan buatlah roti sihat anda sendiri! Bahan seperti kismis, gandum, kacang, bijirin boleh ditokok tambah ke dalam resipi anda.

 

#4 Kurangkan Cip Kentang

Kanak-kanak memang gilakan cip kentang, terutamanya sebagai makanan ringan. Bagaimanapun, kesihatan anak anda mungkin tergadai kerana snek ini mengandungi sodium yang tinggi. Sekali lagi, ajarlah anak anda untuk membuat pilihan yang lebih sihat dari aspek snek seperti buah-buahan atau kekacang.

 

Sebagai contoh, walnut merupakan sumber unggul asid lemak yang penting manakala badam mengandungi Vitamin E. Secara alternatif, cip buatan sendiri, sama ada tortilla ataupun kentang juga merupakan versi yang lebih baik dan lebih sihat bagi cip kentang.

 

#5 Hentikan Pengambilan Makanan Segera
Hot dog, Pizza dan Burger sememangnya merupakan makanan kegemaran kanak-kanak. Namun,makanan ini tidak bermanfaat untuk kesihatan kanak-kanak. Tatkala anda tidak dapat mengelakkan makanan segera sepenuhnya daripada kehidupan anak anda, anda boleh cuba mengurangkan atau mengehadkan pengambilannya kepada yang minimum.

 

Di samping itu, pupuklah amalan untuk memakan makanan masakan rumah selalu kerana makanan ini jauh lebih sihat dan menggunakan ramuan yang lebih segar. Ataupun mencuba makanan baru apabila makan di luar. Bila anak anda merasai sesuatu yang baru atau memesan pembukan selera untuk mereka.

 

#6 Jadilah Teladan Pengamal Makanan yang Baik!
Kanak-kanak sering mengikuti tingkah laku anda, begitu juga dengan tabiat pemakanan. Jadilah teladan yang wajar dicontohi dengan amalkan pemakanan secara sihat. Tiada gunanya jika anda melarang anak anda daripada minuman berkarbonat sedangkan anda menikmatinya di depan mata anak-anak.

 

Cara terbaik untuk mengajar tentang tabiat pemakanan yang baik adalah dengan menunjukkan contoh teladan yang terbaik.

 

Akhirnya, sentiasalah memastikan anak anda mengikuti diet tambahan yang seimbang dalam pengambilan makanan harian, termasuk vitamin, mineral dan antioksidan. Ingatkan anak anda bahawa pemakanan sihat merupakan asas kesihatan dan kebahagiaan.

 

Kanak-kanak mungkin tidak selalu makan dengan betul tetapi jika menyamai mentaliti yang tepat dalam soal makanan sihat dan menerapkan amalan ini, anak anda akan membesar dengan bertanggungjawab supaya membuat pilihan makanan yang lebih sihat dan bijak.

 

Sumber: Vemma Asia Success Magazine

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge