CahayaDiana.com ®

💕 Coretan Hati Cik Editor - Bukan Blog Gosip Artis 💕
Umum

Posting Mengarut

12/09/2013

Seperti biasa blog CD masih belum dapat update secara konsisten. Belum capai target untuk post satu (1) hari satu (1) post. Tapi takpelah.. pelan-pelan kayuh. CD pun masih dalam proses belajar mengenai berblogging ni. Kalau boleh taknak lah blog dengan cara yang cincai. Kena step by step. Tapi memang sebelum ni tak pernah fokus pun pada buat duit di blog sebab tak pandai. Cuma tahu buat duit kat Vemma jer. Buat duit kat Vemma tak susah.. Minum, Share.. dan Dapat Duit. Heheheee… Cuma CD rasa ada satu kepuasan bila menulis di blog. Memang dalam kepala ada banyak yang ingin ditulis tapi bila dah depan laptop untuk menaip.. tiba-tiba jer macam tak tahu nak tulis apa.. Akhirnya.. lahirlah posting yang mengarut-mengarut ni kan? Hehehehee… yang tak ada content sangat pun. Sekadar meluahkan apa yang dirasa.

So CD sedar penulisan CD agak longgar. Kena cari tok guru ni untuk berblog. Sape nak offer jadi tok guru CD? Hmmm.. Terus terang ramai ingat CD ni terer segala macam tapi takdelah sampai tahap macam tu. Setakat Training ilmu bisnes Vemma , edit video , buat grafik tu boleh la.. Kalau nak belajar teknik grafik menggunakan Photoshop pun ok jer. Suke sangat Photoshop ni sebab boleh buat macam2 teknik superimpose.

Ok berbalik kepada teknik blogging yang mengarut ni… CD tetap teruskan jugak berblogging walaupun slow tapi steady gitu. Standard lah kan. Tak perlu terburu-buru untuk kejar sesuatu. Yang penting konsisten. Walaupun CD tak kosisten satu (1) hari satu (1) post sekurang-kurangnya setakat ni CD berjaya update 1 bulan lebih dari 1 post. Hehehehee… CD pun selalu pesan macam ni kat anak-anak buah lain. Blogging jer slow-slow pun tak per.. Kalau satu (1) bulan satu (1) post.. satu (1) tahun dan ada dua belas (12) post. Dua (2) tahun? Tiga (3) tahun? Mungkin masa tu bila kita tengok balik posting-posting terdahulu kita akan senyum sendiri dan berkata dalam hati..
“Tak sangka teruk penulisan aku dulu-dulu..” ataupun tiba2 kita ‘miss’ saat-sata yang kita post tu. So sweet kan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge