Di Sebalik Tabir Filem Melayu Sinema Malaysia

Preview filem Hero bersama YAS Tuan Mohammad Hamdan bin Hj Wahid Ketua Pengarah JBPM

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kepada pembaca setia blog cahayadiana.com. Dah baca ke entry yang CD post sebelum ni iaitu tentang Pemikiran Dakwah P. Ramlee ? Tu artikel warm up namanya. Hehehee..

Sebelum tu kalau sudi Like la facebook page  Cahaya Diana Studios (Page yang mengumpul koleksi hasil kerja CD sama ada yang produce sendiri atau kerjasama bersama company lain)

Ok berbalik pada topik asal, Preview filem Hero The Movie: Jangan Bikin Panas bersama YAS Tuan Mohammad Hamdan bin Hj Wahid, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah pun selesai semalam, Jumaat 28 Disember 2018, jam 5 petang  di studio No Name Films Factory Sdn Bhd. Seramai lebih kurang 7 anggota bomba turut hadir dalam preview tersebut.

CD tak boleh ulas panjang-panjang lagi sebab filem pun belum keluar. Alhamdulillah.. Setakat ni anggota bomba yang datang berpuas hati. Bimbang jugak jika ada bahagian yang perlu diubah takut menyentuh sensitiviti anggota bomba. Maklumlah tak mudah nak buat filem yang berkaitan dengan anggota unit beruniform ni. Lebih-lebih lagi bila kita nak masukkan elemen komedi.

Apa-apa pun sebagai offline editor filem ini mewakili syarikat post produksi No Name Films Factory, CD tetap harapkan yang terbaik buat semua pihak yang terlibat terutama producer .. Darling Ngasri dan NS Star Sdn Bhd. Tak lupa juga kepada tuan pengarah Azizi Hj Adnan (FDAM).

Untuk info lanjut berkaitan filem Hero The Movie : Jangan Bikin Panas sila follow social media berikut;

CahayaDiana

Cahaya Diana - A Lifestyle blogger | Also blogging about personal development, social media tips, family and friends and sharing about production industry. Currently fulltime film editor at No Name Films Factory. ::: Working Experience ➤ Film & Drama Editor @Metrowealth MIG; Script Writer & Graphic Designer @DoubleVision ::: Degree in Cinematography (UNIMAS)

0 Comments

  1. […] baca entry sebelum ni mengenai Preview filem Hero bersama YAS Tuan Muhammad Hamdan bin Haji Wahid Ketua Pengarah JBPM. Jika belum boleh lah lah baca kejap lagi dan jangan lupa tinggalkan komen […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge