CahayaDiana.com ®

💕 Coretan Hati Cik Editor - Bukan Blog Gosip Artis 💕
Kesihatan

Program Pemakanan Vemma

10/09/2013

Vemma menawarkan suatu rumusan cecair berkuasa yang memudahkan pengambilan vitamin,mineral dan antioksidan yang anda perlukan demi membentuk satu asas pemakanan yang kukuh. Ia mempunyai sifat bioketersediaan yang lebih baik daripada kaplet atau tablet, lebih mudah diambil dan rasa lebih enak.

 

Kita memerlukan…

2 biji oren untuk menyamai jumlah vitamin C

9 biji avocado untuk menyamai jumlah Vitamin E

3 batang brokoli untuk menyamai jumlah Besi

55 biji telur untuk menyamai jumlah Vitamin D

1 cawan bayam untuk menyamai jumlah Vitamin A

3 cawan kacang pea untuk menyamai jumlah Tiamin

19 biji pisang bersaiz sederhana untuk menyamai jumlah Riboflavin

62 auns keju cheddar untuk menyamai jumlah Vitamin B-12

5 biji kentang besar untuk menyamai jumlah Niasin

61 cawan tomato untuk menyamai jumlah Folat

2 biji buah tembikai besar untuk menyamai jumlah Vitamin B-6

17 auns ceri untuk menyamai jumlah nilai ORAC

37 kaki cendawan bersaiz sederhana untuk menyamai jumlah Asid Pantotenik

…..hanya dalam1 hidangan 2 auns Vemma!

 

Vemma berkembang berdasarkan penyelidikan bertahun-tahun dan rasanya juga diperbaharui mengikut peredaran masa. Penyelidikan ekstensif Dr.Wang yang merangkumi pemerolehan sumber ramuan yang paling berkualiti telahpun menjadikan Vemma salah satu produk pemakanan cecair yang paling berkesan dan holistic di dunia.

 

Dakwaan ini senang dibuktikan dengan pencapaian yang realistic. Vemma telah dipilih untuk menghantar rumusannya untuk penilaian oleh organisasi penyelidikan yang saksama biarpun kebiasaannya syarikat pemakanan tambahan TIDAK WAJIB menjalankan kajian klinikal atas produk mereka. Kajian ini dijalankan oleh Dr. Boxin Ou di Brunswick Laboratories, sebuah makmal kontrak bebas yang terletak di Massachusetts, Amerika Syarikat. Objektif utama kajian ini adalah untuk membuktikan keberkesanan dan bioketersediaan Vemma.

Dua kajian kesan placebo yang saksama dan rawak telah dijalankan pada tahun 2007 yang menguji kadar penyerapan Vemma untuk Vitamin, antioksidan dan nutrient tumbuhan tertentu serta kesan Vemma ke atas sel pembantu, salah satu komponen system keimunan badan. Berdasarkan keputusan, hasil kajian menunjukkan perubahan yang ketara dan positif dalam penyerapan nutrient dan fungsi badan. Keberkesanan ini membolehkan Vemma untuk menuntut dirinya sebagai suatu rumusan yang berkuasa dan bersifat bioketersediaan dengan pelbagai manfaat kesihatan.

 

Pilihan Sihat Untuk Setiap Orang

Dengan hasil yang menakjubkan, pasukan Vemma bersedia untuk memperkenalkan manfaat Vemma kepada setiap orang – daripada golongan kanak-kanak sehingga dewasa yang aktif.

Vemma amat sesuai untuk golongan kanak-kanak dan remaja yang cenderung mengambil minuman bergula. Hakikatnya, kajian menunjukkan bahawa jumlah kanak-kanak yang mempunyai berat badan berlebihan telah meningkat secara global. Pakar kesihatan di serata dunia bersepakat dalam hal ini: Kanak-kanak harus diajar tentang diet yang sihat dan diberikan pilihan yang sihat setiap masa, yang merangkumi pilihan makanan dan nutrisi tambahan.

Di sinilah Vemma dapat membantu para ibu bapa. Formula Vemma merupakan suatu alternative sihat kepada minuman bergula disamping minuman bertenaga yang biasa diambil oleh kanak-kanak dan remaja. Dengan Vemma, mereka mempunyai alternative yang lebih sihat untuk kekal focus, aktif dan peka sentiasa. Tambahan lagi, ibu bapa akan berasa gembira melihat anak-anak mereka meminumnya dan akan menyukai sebagai produk yang hebat.

Bagi golongan dewasa pula, Vemma membantu untuk melindungi badan anda daripada radikal bebas, molekul yang kurang stabil yang menyebabkan kesan penuaan. Radikal bebas kehilangan electron dan akan ‘meminjam’ daripada sel yang sihat. Sepanjang proses ini, sel-sel ini akan dimusnahkan dan menyebabkan kerosakan pada tulang, darah, kulit malah organ dalaman anda. Untuk melawan radikal bebas, antioksidan diperlukan. Bahan semulajadi ini mencegah atau melambatkan kesan berbahaya radikal bebas.

Degan ramuan buah manggisnya, Vemma mampu menawarkan anda suatu antioksidan yang sihat lagi semulajadi yang membantu menjaga kesihatan badan anda. Menggabungkan Vitamin, mineral bersumberkan tumbuhan, aloe vera organic dan teh hijau organic yang lain, yang anda peroleh daripada Vemma sebagai asas pemakanan yang unggul.

Cubalah hari ini untuk melihat apakah perbezaan yang mampu ditawarkan kepada anda!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge