Projek Video Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini Dalam Kenangan

Currently saya sedang menyiapkan video Allahyarhamah Datuk’ Sharifah Aini Dalam Kenangan. Projek video CDS kali ni dihasilkan untuk satu majlis ‘eksklusif’ yang dianjurkan oleh teman rapat arwah dan juga peminat no. 1 Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini sendiri. Majlis ini dianjurkan untuk mengeratkan silaturrahim sesama peminat arwah.

Bila edit video ni, saya secara tak langsung terpaksa membuat beberapa review video-video arwah yang lepas. Kagum saya dengan  arwah. Sungguh hebat peribadi wanita bernama Sharifah Aini Syed Jafar ni. Bakatnya memang luar biasa dan ada aura tersendiri.

Ini adalah pengalaman pertama saya edit video orang yang dah meninggal dunia .. seorang Biduanita tersohor. Adakala keluar jugak sikit air mata ni.. Maklumlah..kita membesar dengan lagu-lagu arwah. Last time raya dengar lagu arwah kak Pah rasa sayu jer..

Semoga Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini ditempatkan dikalangan para Salihin.. Al-Fatihah.

Untuk video ni saya edit guna software Adobe Premiere Pro

 

Next Projek Video CDS yang sedang menanti ialah kind of corporate video.  Dan satu lagi video marketing untuk sebuah syarikat pengeluar produk ais krim premix. Alhamdulillah..

CahayaDiana

Cahaya Diana - A Lifestyle blogger | Also blogging about personal development, social media tips, family and friends and sharing about production industry. Currently fulltime film editor at No Name Films Factory. ::: Working Experience ➤ Film & Drama Editor @Metrowealth MIG; Script Writer & Graphic Designer @DoubleVision ::: Degree in Cinematography (UNIMAS)

You may also like...

4 Comments

  1. Allahyarham memiliki suara hebat anugerah Allah. Akak juga meminati lagu-lagu alunan beliau. Moga Allah merahmati rohnya, amiin..
    Ummi Tiqah ajak kita terjah…Anak Cirit Birit Berdarah. Punca dan Cara MengubatinyaMy Profile

  2. Tahniah, semoga apa yang diusahakan ni dipermudahkan..

  3. yusri says:

    Salam.. Terima kasih atas usaha menghasilkan video istimewa ini. Semoga menjadi kenyataan. Kalau ada yang dapat saya bantu, feel free to contact me.

  4. Beliau sorg yg sgt2 pemurah bg sy dan dia sorg beruntung mempunyai anak soleh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge