CahayaDiana.com ®

💕 Coretan Hati Cik Editor - Bukan Blog Gosip Artis 💕
rancangan tv

Rancangan Realiti Kewangan – Let’s Du-It 2016

05/06/2016

Rancangan Realiti Kewangan – Let’s Du-It 2016 adalah sebuah rancangan realiti TV yang memfokuskan tentang pengurusan kewangan. Ini adalah rancangan realiti kewangan terbaru di Malaysia dan dah masuk musim ke-2 pada tahun 2016 ini.

Untuk rancangan ini, CD bertugas sebagai Pembantu Penerbit (Assistant Producer) yang bertanggungjawab memastikan semua urusan penggambaran berjalan lancar hinggalah proses penyuntingan. Ada 3 orang pembantu penerbit iaitu CD, Hijrad dan Hairul.

Penggambaran bermula 18 Mei 2016 dan baru sahaja tamat penggambaran pada 31 Mei lalu. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Boleh lihat foto-foto disebalik tabir penggambaran Let’s Du-It 2016 di instagram CD @cahayadiana_com dan search #BTSLetsDuit2016

Di kesempatan ni CD nak berkongsi serba sedikit tentang rancangan ni memandangkan ini adalah rancangan pertama dimana CD dapat bekerjasama dengan beberapa blogger hebat. Maka, bila dah tamat penggambaran, ada beberapa permintaan yang minta CD kongsikan cerita disebalik tabir rancangan Let’s Du-It di blog CD . In Shaa Allah CD cuba yer. Heheheee..

Disebalik-tabir-lets-duit-2016-cahaya-diana-dhia-eyka-farhana
CD di apit oleh blogger hebat Dhia dari Magicalips.com & Eyka Farhana

Rancangan Let’s Du-It mempunyai 12 Episod. 11 episod pertama bersama 2 peserta dan seorang pakar jemputan yang dipilih di kalangan blogger mengikut niche blog mereka. Jika tiada blogger dalam kepakaran tersebut, kami akan pilih pakar dalam ‘topik’ pada episod tersebut. Episod terakhir, iaitu episod 12 adalah recap daripada keseluruhan 11 episod.

Berikut adalah Tema atau Topik bagi setiap episod:

  • Episod 1 : Women’s Needs vs Wants
  • Episod 2 : Romantic Dinner & Getaway
  • Episod 3 : Home Improvement  Challenge
  • Episod 4 : Cash From Credit Part 1
  • Episod 5 : Transport Challenge – Taxi, Uber , Car, MRT, LRT, Bus
  • Episod 6 : Cash From Credit Part 2
  • Episod 7 : Newborn Challenge
  • Episod 8 : Repayment Challenge Loan
  • Episod 9 : Impulse Subscription
  • Episod 10 : Car Challenge
  • Episod 11 : Grooming Challenge
  • Episod 12 : Recap Episode

Jika dilihat, rancangan Let’s Du-It ini berdiri dengan sendiri / ‘stand-alone’. Tak seperti rancangan realiti yang lain saling berkaitan antara siri, dan mempunyai peserta yang tersingkir di setiap episod. Namun di Let’s Du-It, setiap episod terdiri daripada dua peserta yang berlainan dan pakar yang dijemput juga berlainan, bergantung kepada topik di setiap episod.

Ok, sampai di sini dulu untuk intro tentang rancangan Let’s Du-It. In Shaa Allah akan datang CD akan update kisah-kisah di sebalik tabir rancangan ni & juga kru-kru yang bekerja keras di sebalik tabir rancangan ni yer.. Sabaaarrr.. hehehee..

PS: Jika anda ada sebarang soalan yang nak tanya berkaitan dunia penerbitan sila tinggalkan komen di sini atau PM CD di my page fb.com/cahayadiana.page .

  1. Hebatlah CD, jadi pembantu producer. Saya memang tahu CD pakar dalam pengambaran video.

    Tahniah buat semua yang terlibat dalam setiap episod, belerja dalam sayu pasukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge