CahayaDiana.com ®

💕 Coretan Hati Cik Editor - Bukan Blog Gosip Artis 💕
Umum

Revolution Explosion cipta sejarah tersendiri

04/01/2014

TRT_6314

Alhamdulillah.. berakhir sudah seminar Revolution Explosion yang buat julungkalinya dianjurkan oleh The Revolution Team (TRT).

Walaupun crowd agak sedikit tetapi tak mengapa kerana kami di TRT hanya mementingkan Quality People..not Quantity..

“One person with passion is better than forty people merely interested.”

Walau bagaimanapun.. event Revolution Explosion bagi CD telah mencipta sejarahnya yang tersendiri. Buat pertama kalinya juga TRT bergabung tenaga dengan penggerak utama Cyclist Revolution, Hazrul Daud, Khairul Azwa dan Hafizi. (Siap bawak basikal lagi.. eksklusif tuu…)

So far komen dari beberapa pihak juga, ramai yang excited dan anggap event ni Success! Memang kami plan untuk buat event ni lebih exclusive dan berlainan dari event-event atau training yang pernah kami jalankan sebelum ni. Oleh sebab itulah kami menyediakan Pass Masuk Eksklusif.. memang banyak manfaat yang diperolehi daripada pass masuk ni. Sepatutnya crowd yang hadir adalah 80 orang, namun bila sampai waktunya masing-masing ada beberapa sebab tidak dapat hadir. Tak mengapa kerana ini adalah lumrah yang dialami oleh semua orang dalam usaha kita untuk memulakan sesuatu yang baru. 🙂

Bagi CD sendiri, menganggap event ni adalah sebagai satu permulaan yang sangat baik kepada ‘pelapis baru’ TRT seperti adik-adik Young People Revolution; Lan Gemuruh, Muhd Ikmal, Irwan Rohaizad, Divers Revolution; Haniff Hadi , SuperMom Revolution Emma Tahir dan Shima Noor. Lepas ni CD pun akan ada ‘komitmen’ lain.. iaitu strategi terbaru CD untuk memajukan lagi komuniti TRT ini.

Buat sahabat seperjuangan yang sama-sama bersengkang mata untuk menjayakan event ni, tak lain tak bukan .. Miss Free Divers Revolution Rashihah Nordin, terima kasih yang tak terhingga. “Ngko memang terbaeeekkkk lah, Shiha”…

Terima kasih juga kepada kak Noor Aini Dato’ Hashim atas support yang diberikan dan sama-sama ‘turun padang’ untuk memantapkan lagi team Revolution kita.

Nanti CD upload foto-foto event tu yeaaa.. apa-apa akan diupdate soon…

 

DIANA MD NOR @CahayaDiana.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge