CahayaDiana.com ®

💕 Coretan Hati Cik Editor - Bukan Blog Gosip Artis 💕
Mutiara Kata | Umum

Sahabat umpama Garam Gula Beras Dessert Sayur ?

13/02/2017

Puisi tentang Sahabat : Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tentu ada di sini yang mencari Puisi tentang Sahabat atau dalam istilah lain.. mutiara kata tentang sahabat; kata-kata indah tentang sahabat; ayat-ayat puitis; kata-kata indah tentang sahabat untuk ditujukan buat seseorang yang bergelar sahabat, rakan, kawan, teman dan yang sewaktu dengannya.

Kak D memang penggemar puisi dan ayat-ayat mutiara kata ni lebih-lebih lagi yang berkaitan insan-insan yang kita sayang dalam hidup kita. Sahabat adalah orang yang terpenting dalam hidup kita selepas keluarga. Selain keluarga, sahabatlah yang sentiasa bersama kita sejak di bangku sekolah hinggalah ke alam pekerjaan. Tanpa sahabat, hidup kita akan sunyi.

Haaa..meleret pulak kak D. Ok di sini kak D nak share bahasa indah yang kak D dapat dari sahabat kak D… Biasalah dari group Whatsapp yang orang dok viral ke sana sini. Memandangkan kak D berkenan sangat dengan puisi tentang sahabat macam tu so kak D share lah kat sini.. Khas buat sahabat-sahabat kak D yang rajin membaca blog kak D ni. Hehehee..

Ada Sahabat… dia macam garam.
Nampak kecik. Harga pun murah jer.., macam takde nilai sangat.
Tapi bila garam takde, masak pun jadi huru hara. (tak sedap, tawar).
Sahabat macam ni wajib ada dalam kitaran harian kita.

Ada Sahabat… dia macam gula.
Sedap sangat bila ada. Tapi kalau terlebih, boleh pening kepala.
Kencing manis naik. Tapi tetap tak boleh kalau tak ada.
Nanti ketar badan pulak.
Biasanya sahabat kita yang nakal-nakal suka buat kita kancing gigi. ???

Ada Sahabat… dia macam beras.
Wajib ada, kalau takde tak puas makan.
Macam tak kenyang. Mesti kena ada jugak dalam sehari.. walau sikit.
Biasanya dialah penasihat kita…
Peguam.. Cikgu… Doktor… Tukang Masak… Tukang Sapu…

Ada Sahabat… dia macam dessert.
Tak perlu selalu ada, tapi selalu kita akan teringin-ingin. Tercraving-craving..
Terleleh-leleh air liur gitu.
Muncul sekali tapi impact bermakna!

Ada Sahabat… dia macam sayur.
Kita tak berapa suka nak makan. Tapi kita tahu…
Sayur tu kan baik untuk kesihatan kita.
Sahabat yang macam ni biasanya yang ustaz atau ustazah.

Walau kategori mana pun anda berada.
Semuanya saling melengkapi hidup ini.
Semuanya penting.
Kalau salah satu takde…
Tak happening hidup kita seharian tau…

Sayangilah sahabat kita.. ????

======

Best tak? Kalau tak de idea nak bagi hadiah untuk sahabat kita, kopipes jer ayat ni forward bagi dia. Kalau nak best lagi beli kad, tulis ayat-ayat ni untuk hadiah harijadi buat sahabat kita tu. Hehehee.. tentu kawan kita tangkap syahdu dan terharu punyalah. Janji kita ikhlas lah yer.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge