CahayaDiana.com ®

💕 Coretan Hati Cik Editor - Bukan Blog Gosip Artis 💕
Umum

Selamat Hari Kebangsaan : 58 Tahun Malaysia Merdeka!

31/08/2015

Hari ni 31 Ogos 2015 genaplah 58 tahun kemerdekaan negara kita Malaysia. Di kesempatan ni CD nak ucapkan Selamat Hari Merdeka kepada semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Tema tahu ini ialah Sehati Sejiwa.. Adakah kita betul-betul sehati sejiwa?

Walaupun negara kita dilanda pelbagai isu ekonomi, politik dan sebagainya.. Namun, kita harus sedar bahawa walau apa pun yang terjadi, inilah tanah tumpah darah kita semua. Kitalah yang bertanggungjawab memastikan keharmonian negara ini.

Semangat perpaduan haruslah dipupuk agar kita dan generasi akan datang tetap cintakan negara kita. Semoga negara kita sentiasa aman dan diberkati Allah S.W.T. Doakan yang terbaik untuk kita semua rakyat Malaysia.

    1. Yer betul tu.. macam blogger2 macam kita ni bersatu.. kan kan kannn.. Hannah kan.. hehehe.. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge