CahayaDiana.com ®

💕 Coretan Hati Cik Editor - Bukan Blog Gosip Artis 💕
My Life

Selamat Tahun Baru 2013 dari CD

01/01/2013

happy_new_year_2013_cd

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Di kesempatan ni CD nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2013 terutama sekali buat anda yang sedang membaca entry CD ni..buat ahli keluarga tercinta, rakan-rakan seperjuangan, rakan-rakan Vemma dan kepada semua hamba Allah yang berada di segenap muka bumi ni.. Cepat sungguh masa berlalu. Sedar tak sedar dah masuk 2013 &  umur CahayaDiana.com ni pun dah cecah hampir 3 tahun..Wow.. biar betul. Tapi umur CD ‘in person’ tu taklah 3 tahun..hehehee…jangan salah faham pulak yer. Ini CD cakap pasal blog bukan pasal CD. Tapi CD akui memang terabai kejap blog ni sebab lately asyik busy update blog group CD di http://presidential-eliteclub.blogspot.com dan dalam masa sama CD juga admin kepada fanpage yg tengah hot di kalangan anak2 muda iaitu Young Malaysian Revolution (YMR).

Alhamdulillah..syukur sangat2 sebab CD rasa tahun 2012 dalam hidup CD banyak perkara manis yang berlaku. Sikit demi sikit impian CD tercapai walaupun tak semuanya. CD juga masih dalam proses belajar untuk lebih tetapkan matlamat CD supaya segala impian hidup nampak lebih jelas. WHY CD baru nak sedar tentang perkara ni? Sebelum ni CD tak tetap matlamat ke? Ramai orang boleh meletakkan matlamat dan impian hidup masing-masing, tapi tak ramai yang berjaya mencapainya. Hmmm…tang mana yang tak kena tu? Ok rasanya masalah ‘tang mana yang tak kena tu’ eloklah jangan difikirkan sebab nanti kita fokus kepada masalah pulak. CD tak boleh post panjang-panjang sekarang sebab tengahari nanti CD ada appointment ‘personal coaching’ dengan network CD di Jaya One, PJ.

Sampai di sini dulu. Apa-apa pun akan CD update kemudian lagi sebab CD memang ada banyak cerita best yang nak share di sini. CD nak review antara kenangan manis yang berlaku 2012 dan nak share juga impian CD tentang 2013 ni. Akhir kata..semoga selamat semuanya dan ceria-ceriakan diri anda selalu yer. Semoga 2013 ni akan menjanjikan kita kehidupan yang lebih baik dari yang sebelumnya. InsyaAllah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge