CahayaDiana.com ®

💕 Coretan Hati Cik Editor - Bukan Blog Gosip Artis 💕
CDVLog

Selamat Tahun Baru 2017 – VLog Pertama Recap Projek Video 2017

05/01/2017

Selamat Tahun Baru 2017 – VLog Pertama Recap Projek Video 2017: Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Harap belum terlambat untuk kak D ucapkan Selamat Tahun Baru 2017. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk terus bernafas hingga ke tahun 2017. Semoga kita semua lebih dikurniakan kehidupan yang lebih baik sepanjang 2017 ni.

Alhamdulillah. Hari ini dalam sejarah.. hehehe.. Finally kak D berjaya jugak hasilkan Vlog buat kali pertama. Perkara yang dah lama kak D dah buat tapi tertangguh atas faktor-faktor tak sedia.. tak ready.. tak de masa.. tak pandai.. malu.. segan dan sebagainya. Bila difikirkan balik, kenapa dah buang masa terlalu lama dengan perkara-perkara yang tak sepatutnya kak D fikir?. Itulah sebenarnya halangan utama kita.. iaitu diri kita sendiri.

Yeaayy.. Finally i did it! Ok dah buat video ni malas la pulak nak membebel panjang kat sini eh. Ni pun tengah rileks sekejap dari edit Yang Pertama. Heheheee.. sempat lagi eh ko gi update belog Cik Dee oi.. 😉

Ok2 dah nak sambung edit balik.. bagi yang belum tengok Vlog kak D ni meh tengok meh..

Jangan lupa pegi ke Youtube Channel Cahaya Diana & Subscribe yer…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge