Thursday, November 21, 2019
E-Greeting Card Yonamy Gallery

Selamat Tahun Baru 2019 – Jom buat Whatsapp Sticker

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Masih belum terlambat untuk Kak D nak ucapkan selamat tahun baru 2019 kepada semua pembaca setia blog cahayadiana.com . Terima kasih kerana sentiasa support kak D terutama kepada yang selalu tinggalkan jejak anda di sini.

Dah baca entry sebelum ni mengenai Preview filem Hero bersama YAS Tuan Muhammad Hamdan bin Haji Wahid Ketua Pengarah JBPM. Jika belum boleh lah lah baca kejap lagi dan jangan lupa tinggalkan komen anda.

Sebelum tu kalau sudi jom subscribe Youtube Cahaya Diana dan 👍Like facebook page ♥ Cahaya Diana Studios (Page yang mengumpul koleksi hasil kerja Kak D sama ada yang produce sendiri atau kerjasama bersama company lain). Nak tahu update terkini pasal Kak D? Follow my personal IG @cahayadiana_com .

Selamat Tahun Baru 2019

Pejam celik pejam celik dah masuk 2019 kan? Tak sangka. ( ayat cliche sangat.. hahaha..). Ayat apa lagi kan untuk tahun baru ? Macam biasalah.. tahun baru orang akan sibuk cakap pasal azam tahun baru. Pasal burger prosperity la… Ops! Lapar pulak tetiba.. Err.. pasal azam tu kita cerita next time boleh tak? Sebab cakap bab azam ni macam kena serius sket. Now mood Kak D nak santai-santai jer..

Entry kali ni I just nak wish happy new year jer dan nak share lukisan karikatur yang my brother, kartunis Yon lukis. Tu.. lukisan yang jadi feature image untuk post ni.. Cantik tak? Berani cakap tak cantik? Hahaha.. gurau jer la.. 😜  . Actually malam new year ari tu tak tau nak buat design macamana untuk buat e-card new year, so request la dari my brother suruh lukis muka kak D.

Jarang tau my brother nak melukis muka ahli keluarga especially muka kak D yg macam nak cun ni. Hahaha…Selalu busy melukis untuk orang lain jer. Daahhh.. itu kan profession dia. Macam adik dia jugak selalu busy tak sempat edit video family sebab busy edit video untuk kerja hakiki. Kekdahnyerr…

Lepas request dari my brother cepat jer dia send melalui whatsapp. Gambar di bawah ni lah yang di send nyer.. Memang request macam ni jer sebab CD nak warna sendiri guna Photoshop. Lama tak guna skill mewarna guna photoshop ni dah hampir berkarat. Warna cincai jer ni, janji ada warna. Lipstick tu terang giler kauu.. 💋

Whatsapp sticker dari lukisan karikatur

So lepas warna, selain untuk wish new year, tetiba dapat idea pulak untuk jadikan sebagai Whatsapp sticker. Maka terhasillah gambar seperti di bawah. Cantik tak uols? Lama tak buat kerja-kerja syok sendiri macam ni. 😂😂

The best part my sister pun nak jugak.. so masing-masing pakat dapat lah lukisan kartun wajah memasing. Tapi banyak pulak kalau nak show semua. Senang cerita kak D screenshot jer lah dari handphone.

Seronoklah memasing dah ada whatsapp sticker wajah sendiri. Lepas ni nak buat emoji muka sendiri banyak-banyak pelbagai gaya dan memek muka. Mampu?! Hahah… In Shaa Allah next time kak D share antara gambar-gambar sebelum dan selepas yer. Dan paling best bila producer filem Hero Darling Ngasri pun nak tempah jugakk.. Happy dia dapat wish new year dengan whatsapp sticker dan jugak format e-greeting card jpeg.

Kesimpulannya, dengan hanya satu lukisan icon diri kita, kita dah boleh buat macam-macam daripada lukisan tu. Abang Yon cuma lukis sekali, tapi kegunaannya berkali-kali. Selain whatsapp sticker, hasil lukisan ni jugak boleh dibuat sticker untuk aplikasi Telegram, Facebook.. nak print out jadikan hard copy pun boleh. So macam-macam boleh buat.

Bagi mereka yang berbisnes, bagus ada sticker muka sendiri ni sebab boleh kuatkan personal brand anda especially kepada founder-founder produk, motivator, speaker, coach, artist, blogger, social media influencer dan ramai lagi lah. Bagi yang rasa belum ada kepentingan tak yah buat. Kak D pun buat suka-suka jer. Hahahaa..

Untuk jadikan format sticker di whatsapp, kak D download aplikasi Sticker Maker di google store. Free jer dan hanya untuk pengguna android sahaja. Maaf yer pengguna ipong. Hehehee..

Kalau ada yang berminat nak menempah whatsapp sticker dengan abang Yon ni boleh la buat tempahan segera. Harga murah jer abang kak D charge. Berbaloi sangat dengan potensi kegunaan yang pelbagai dan paling penting menguatkan penjenamaan korang.

HARGA

1 set ( 4 pcs) = RM50
Buat tempahan di sini 👉 http://yonamy.wasap.my  .

 

Standby beberapa keping gambar korang dengan wajah yang jelas. bagi tahu nak pose yang macamana atau korang bergambar siap dengan pose yang korang nak. Info lanjut boleh whatsapp teruslah kat link yang kak D bagi tu. Hehehee.. Akaun Instagram pun baru dok buat. Boleh la kalau korang nak jadi antara followers yang terawal. Followlah @yonamy_gallery tanpa was-was.

Ok thats all for now. Thanks sudi baca sampai habis. Heeeeee…

CahayaDiana
<p>Cahaya Diana - A Lifestyle blogger | Also blogging about personal development, social media tips, family and friends and sharing about production industry. Currently fulltime film editor at No Name Films Factory. ::: Working Experience ➤ Film & Drama Editor @Metrowealth MIG; Script Writer & Graphic Designer @DoubleVision ::: Degree in Cinematography (UNIMAS)</p>

3 thoughts on “Selamat Tahun Baru 2019 – Jom buat Whatsapp Sticker

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Back To Top