CahayaDiana.com ®

💕 Coretan Hati Cik Editor - Bukan Blog Gosip Artis 💕
Blogging | Event | Seminar | Umum

Seminar Buat Duit Affiliate Dengan Blog

12/12/2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Lamaaanyaaaa..tak hapdate belog  ni. Alahai.. Apa-apa pun CD tetap semangat untuk teruskan dunia blogging. Tak caya? Buktinya… esok CD tetap akan join jugak Seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog anjuran Denaihati.com bersama Karangkraf.

Banner Seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog
Banner Seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog

Esok dah nak seminar malam ni baru CD post kan? Bagusnyerrr… takpe “busy” lah katakannnn…  Ni pun lepas habis “kelas”… heheheee…banyaknyer ilmu nak kena cari dan juga perlu diamalkan. Ilmu tu kan cahaya.. Esok cari ‘Cahaya Affiliate ‘ pulak melalui Seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog. Preparation untuk mencapai target 2015.

 

Tentatif Program pun dah dikeluarkan oleh pihak Denaihati.

Aturcara-Seminar-Buat-Duit-Affiliate-dengan-blog-denaihati
Tentatif Seminar. (sumber: Denaihati.com)

Nampak tak betapa packnya jadual esok? Pack dengan ilmu dan selang seli dengan ‘cabutan bertuah’. Heheheee…blink-blink jer mata ni tengok ada beberapa slot cabutan bertuah. (mintak-mintaklah aku dapat iPhone 6 satu!)

 

Ini seminar yang pertama CD join dengan Denaihati. Maklumla.. kenal dengan Denaihati pun tahun ni. CD tak lepas peluang juga belajar Master Class dengan Akademi Denaihati bulan lepas. Sifu Eizil yang ngajar. Syok. Sempoi… Sempat kenal-kenal dengan pengasas Denaihati lagi.. Haji Amir. Cool jer orangnya.

 

Tak sangka sifu Eizil pun one of the speaker esok. Lagilah semangat nak pergi. Kali ni lebih ramai otai-otai yang akan turun padang berkongsi. Giler ko tak pergi? Seriously rugi kalau CD lepaskan peluang ni.

 

Part paling best ialah T-Shirt yang akan diedarkan kepada peserta seminar. Hehehee.. sebab apa? cer tengok betul-betul..

senarai-penaja-t-shirt-seminar-buat-duit-affiliate-dengan-blog-denaihati-karangkraf-blogger
Nampak tak apa yang CD nampak?

Sedikit ‘pelaburan’ yang CD lakukan.. Semoga ianya berbaloi.. Syok jugak sekali sekala url blog CahayaDiana.com tersenarai bersama blogger-blogger tegar lain walaupun hanya di atas T-Shirt. Heheheee…

 

Sebenarnya banyak lagi perkara menarik yang akan berlaku esok. Tak nak lah kabor semua sekali nanti tak surprise! Nak tahu apa lagi yang best datang dan lihat sendiri. Nampak tak Iphone 6 tu? Bayangkan ianya adalah milik anda esok… waahhaaahahahaa…  Ok kita fokus pada ilmu ok. So datanglah dengan niat yang baik.. 🙂

 

Sape yang terlewat baca blog ni tentang Seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog esok , masih belum terlambat. Datang jer esok walk-in bayar tiket seminar. Tak mahal pun.. tak cecah ribu riban (tengok sendiri harga kat banner tu). Tapi ilmu yang nak disampaikan tu memang sangat-sangat berbaloi. (Suke hati aku jer kan suruh orang walk-in). Kikiki…

 

Ok dah.. kalo malu nak walk in daftar sekarang kat sini. Jangan buang masa!

daftar-sekarang

Ok lah post ni pun buat secara spontan jer time lepak-lepak dengan kak Shima di Old Town White Coffee. Jap gi dah nak balik mak dah calling-calling tuuu… ‘anak’ di rumah pesan beli biskut. Alahai…si Ain ni.

 

Jumpa esok yer kawan-kawan..

 

Ok kepada yang hadir seminar esok.. Jumpa di sana yer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge