CahayaDiana.com ®

💕 Coretan Hati Cik Editor - Bukan Blog Gosip Artis 💕
Bisnes | Event | Hobi | Memory Lane | Motivasi | Online Training | Periklanan

Seminar FB Ads Marketing bersama SifuFBads

23/02/2013

Untuk berjaya kita perlu ada mentor, sifu yang guide kita ke arah kejayaan. Kita sukar berjaya dengan sendiri. Mana ada orang yang berjaya tanpa bantuan sesiapa. Jika tidak banyak pun pasti akan ada walau sedikit. Disebalik kejayaan seseorang itu, pasti ada mentor yang memberi garis panduan atau menjadi tempat rujukan seseorang itu untuk mencapai kejayaannya.

Mereka yang layak digelar mentor ialah mereka yang dah mempunyai pengalaman luas di dalam bidang kepakaran masing-masing. Mentor dah mengharungi segala susah payah untuk berjaya dan mereka juga mempunyai mentor atau sifu mereka tersendiri. Dan segala kesusahan mereka dah di ‘shortcut’ kan untuk membantu individu lain yang juga ingin berjaya seperti mereka.

Awal-awal lagi foto dah blur.. syukur aje lah tu pun masih ada orang yang baik hati nak tolong ambilkan 😉

Bagi CD, walaupun dah lama berada di dalam bisnes networking Vemma, namun CD tetap mencari alternatif untuk lebih berjaya…kerana sudah tertanam niat di dalam hati untuk membantu seramai mungkin khususnya mereka yang berada di dalam network CD. Syukur Alhamdulillah.. langkah pertama CD telah terlaksana hari ini.. di Seminar FB Ads Marketing yang dianjurkan oleh team SifuFBads yang memang supportive terutama kepada ‘penghulunya’ iaitu saudara Jamaluddin Bahari @ JaMaL, Internet Marketer yang tidak asing lagi di Malaysia.

CD amat berpuas hati dengan perkongsian ilmu yang disampaikan oleh saudara Jamal hari ini. Memang CD respcetlah.. CD pernah menghadiri seminar yang lebih kurang sama dengan seminar ‘FB’ ni tetapi kebanyakannya tidak memberi penekanan / fokus yang diinginkan oleh peserta seminar. Tapi di sini CD bukanlah nak buat perbandingan.. Cuma rasa syukur yang amat sangat kerana akhirnya CD rasa dah jumpa dengan ‘Sifu’ yang tepat yang khusus kepada periklanan online (FB)!

Seminar berlangsung di Menara PGRM, Jalan Pudu seawal jam 9.am. Rezeki CD sebab kalau diikutkan CD tak dapat pergi kerana penyertaan dah penuh. Luckily ada sorang kawan yang tak dapat hadir jadi CD menggantikan tempatnya di saat-saat akhir. Thanks juga kepada my brand partner Rashihah Nordin yang send me early this morning. Nak drive sendiri memang CD tak tahu jalan kat area Cheras tu dan maybe lambat sampai. So untuk selamat, mintak Rashihah ler hantar..  heheheee…(kena bagi credit sikit kat leader hebat sorang ni).

Ayat ‘Double Meaning’.. anda faham-faham sendirilah yer.. 🙂

Rasanya crowd yang hadir lebih kurang 300 orang. Semuanya memang excited nak belajar dan dalam masa yang sama nak kembangkan network. Betapa pentingnya promosi bagi mereka yang melakukan bisnes. Bukan orang yang buat networking sahaja yang perlukan network.. tapi selagi perkara tersebut dinamakan bisnes, selagi itulah mereka perlukan network/ rangkaian sama ada rangkaian pengguna produk mereka atau yang ingin membuat bisnes juga.

Pagi-pagi dah dapat ‘breakfast’ terbaekkk..!!
Inilah jejaka yang berjaya menarik perhatian CD hari ini!

Hehehee..semacam jer bunyi caption CD tu. Tapi tak lain tak bukan itulah dia sifu FB ads yang CD maksudnya, saudara Jamaluddin Bahari yang boleh tahan handsome orangnya. :p .. Tapi paling best beliau sempoi dan ikhlas memberi sharing.

CD bersama Mohd Nazrul, Presiden Usahawan Internet Malaysia

Masa rehat time CD ambil kesempatan berfoto dengan Mohd Nazrul Mohd Noor, Presiden Usahawan Internet Malaysia yang bertindak sebagai Moderator di Seminar Sifu FB Ads Marketing ini.

Bersama ‘Young People’ Amirul Mukminin, Founder Bear Besar ..salah seorang anak didik Jamal yang dah mencipta kejayaan!

Seronok pula bila bergambar dengan diorang ni. Terasa diri pun di kalangan Internet Marketer hebat juga (walaupun CD tak sehebat mereka). Borrow power sikit! hehehee.. Anyway..sangat berbangga dengan kejayaan anak-anak muda di Malaysia ni.

Finally i got him! hehehee.. inilah sifu CD.

I want to be like him! dari segi kejayaan lah. Nak berjaya kena kawan dengan orang yang berjaya. Rasa sangat terinspirasi dan dapat satu aura positif dari beliau yang memang sempoi! Bro Jamal yang dahulunya hanya seorang jurutera di JKR, kini adalah Interent Marketer yang telah mencipta banyak kejayaan melalui online marketingnya. Dan CD tak sangka finally dapat jugak CD bergambar dengan beliau. Syukur Alhamdulillah.

Dan sekali lagi CD mendapat satu pengalaman yang sangat BEST iaitu balik naik public transport iaitu Star LRT, Putra LRT dan KTM Komuter.

Wajah ceria jer lama tak naik Komuter.. now times to ‘melawat kawasan’.
Inilah stesen Komuter di KL Sentral. Hehehee…
Macam ada satu cerita best jer di sini suatu masa dulu..

 

Cuba ‘berkarya’ di dalam train. hehehee…

Nasib baik ada kawan satu ‘arah’ ke Klang / Shah Alam jadi CD tak rasa bosan kan?

Inilah kawan baru CD.. kak Atie namanya..sweet kan? 🙂

Balik rumah jer CD terus buka balik apa yang diajar oleh sifu tadi. Tak sabar dah nak bermula ni dan meletupkan bisnes CD. Perkara paling tak nernilai harganya yang CD dapat pada hari ini ialah..

Nota-nota yang sangat berguna untuk CD! Thanks so much sifu!

 

Tag Nama ‘Diana’..

Thats all for now

xoxo

CahayaDiana.com

0176902018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge