CahayaDiana.com ®

💕 Coretan Hati Cik Editor - Bukan Blog Gosip Artis 💕
Event | Memory Lane | Nostalgia | Video Klip

Seminar Pemikiran Semula P.Ramlee 2003

12/01/2012

Semalam lepas tengok citer Mr.Bean kat tv tu CD masih gelak tekekeh2.. Apahal lah dangan aku ni padahal memang dah hafal cerita ni. Tapi itulah betapa power dan hebatnya plot yang disampaikan oleh watak dan perwatakan.. memang bagi impak kuat kepada sesiapa sahaja yang menonton tak kiralah sama ada generasi baru atau lama.. cerita lawak jenaka Mr.Bean tetap evergreen.

Dan tetiba CD teringat  Seniman Agung kita Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.. masih segar dalam ingatan.

Tak cukup dengan tu CD terus cari album2 lama masa CD masih belajar di Sarawak. CD menghadiri satu seminar iaitu : Suatu Analisa visual, Prosiding Seminar Pemikiran Semula P. Ramlee, Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif, Universiti Malaysia Sarawak pada tahun 2003. CD bukan nak mengulas apa content seminar tu.. lagipun dah lama sangat & CD pun tak berapa ingat. Sekadar mengimbau kenangan bertemu teman2 rapat Arwah yang CD sendiri tak sangka berpeluang jumpa diorang ni. Maklumlah.. masing2 dah tak seperti yang divisualkan di layar perak tu. Paham2 jelah…masa mengubah segala2nya.. 🙂 .

CD dan kawan2 bergambar bersama pak Aziz Satar. Dari kiri: Marge, CD, Pak Aziz Satar, Susan & Pamella.

Dari kiri: Pamella, Netty, Pak Sudin , CD & Susan

Haaa…cuba teka yg ni kitorang dengan siapa pulak? Takkan tak kenal kot? Wahid Sate, kenal tak? 😀

Yang ni pulak sape? ce teker ce teker…

CD tak ketinggalan ambik autograph Pak Wahid Sate…

Sebenarnya kalau u ols nak tahu sepanjang seminar seperti biasa CD suka melakar/melukis sesuatu di kertas kosong yg diberikan oleh pihak hotel. Kadang2 tanpa CD sedar pun.. Dan hari tu kebetulan seminar tu terlalu banyak citer pasal kisah hidup Allahyarham Tan Sri P.Ramlee yg CD dah tahu..so CD pun lukislah wajah Allahyarham P.Ramlee.. tak sangka menjadi pulak. Then kawan2 suruh show kat rakan2 Allahyarham.. Diorang memuji2 lukisan CD & CD yg kekononnya malu2 kucin tak tahu nak buat apa terus minta diorang tandatangan kat lukisan tu.. Hahahaaa… poyosnya aku..!! :p

Sayang sekali lukisannya kok nggak kelihatan ya di foto ini.. aduh..kenapa aku cakap jawa tiba2..

Dan yang paling CD happy ialah CD dapat bergambar jugak dengan seniman Tan Sri Jins Shamsudin yang sangat handsome suatu masa dulu.. Memang CD minat gila dengan TS Jins ni.. hahahaaa.. over lak. Ok2 dah la tu kan sikit2..

bersama Tan Sri Jins Shamsudin

Di kesempatan ni jugak CD nak upload jugak gambar2 kenangan dengan kawan2 lain di UNIMAS.. Apa yg pasti CD sangat merindui zaman muda remaja riang ria yang belum dipenuhi lemak tepu masa ni..hahahahaa…dah giler meroyan dah aku kalo tengok gambar dolu2 yg slim shady..

Tapi xpe topic CD dalam post ni bukan tentang lemak berlebihan..tapi tentang seniman2 yang telah mencorakkan sejarah filem2 Melayu suatu masa dulu.

Kenangan bersama Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.. (pembetulan: bersama fotonya sahaja)

Sebenarnya dari dalam sudut hati kecil CD ni ada rasa sebak jugak bila teringat kisah perjuangan seniman agung kita ni. Memang sedih sesangat sebab CD baca kisah beliau.. di mana di saat2 akhir hayatnya….Arwah P.Ramlee di ketepikan, disisihkan dan setelah meninggal barulah Allahyarham mendapat gelaran Tan Sri.. Tu lah kita yang hidup haruslah menghargai kehidupan kita dan rakan-rakan di sekeliling kita selagi kita masih hidup ni. Banyak filem2 P.Ramlee yang evergreen kalah Mr.Bean tau.. Tengok 1001 kali pun kita masih boleh ketawa bersama ahli keluarga.. Inilah buku yang CD maksudkan.. Percaya tak yg CD sampai mengalir air mata baca buku ni..Huhuhuuu…sensitipnyer aku..

Buku ni bertajuk P. RAMLEE YANG SAYA KENAL (seperti yang ditulis digambar)  yang ditulis oleh Yusnor EF ni menyorot kisah dan pengalaman peribadi penulis; Yusnor EF dengan mentornya P.Ramlee. Setiap kisah menjiwai keinsanan P.Ramlee dengan tangis tawanya, dan rawan riangnya. Sikap tunjuk ajar P.Ramlee kepada penulis merupakan pengalaman dan penimbaan pengetahuan yang cukup bererti.

Buku semi autobiografi ini menampakkan ketokohan P.Ramlee sebagai Penyanyi, Penulis Lirik, Penggubah Lagu, Pelakon dan Pengarah.

“P.Ramlee adalah manusia biasa yang luar biasa.” – Jins Shamsudin

Selain itu, P.Ramlee Yang Saya Kenal memuatkan cerita2 iktibar dan teladan yg berunsur lucu, serius dan dakwah.

Penerbit: Pelanduk Publications
2000

Last but not least…jom kita layan satu lagi karya Allahyarham Tan Sri P.Ramlee bersama Pak Aziz dan Pak Sudin

 …dan jangan lupa sedekahkanlah Al-Fatihah untuk beliau selepas baca entry ni.. Al-Fatihah…

CD: Maafkan CD juga yer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge