CahayaDiana.com ®

💕 Coretan Hati Cik Editor - Bukan Blog Gosip Artis 💕
Artwork | Behind The Scenes | Projek Video CDS | Slider

Senarai Projek Video Cahaya Diana 2016

08/11/2016

Projek Video Cahaya Diana 2016 : Jarang sebenarnya kak D share artwork di media sosial. Selalu dok bercerita tentang kerja kak D jer. Jadi, entry ni khas untuk kak D share tentang hasil kerja untuk projek video sepanjang tahun 2016.

Alhamdulillah, tahun ni sebenarnya tahun ‘come back’ kak D dalam industri. Kak D mula serius untuk ‘come back’ dengan guna nama syarikat sendiri iaitu Cahaya Diana Studios sebenarnya bermula awal tahun 2015 dengan projek video pertama iaitu Video Presentation OTEC untuk Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Kemudian banyak buat kerja-kerja grafik dalam diam jer. Hahahaha… tapi pada tahun 2016 Alhamdulillah sangat-sangat. Sedikit sebanyak adalah beberapa projek video yang kak D dapat. Tapi jangan pula ingat kak D yang hasilkan semua video tu sorang-sorang kerana semuanya kerjasama berkumpulan.

Sorang-sorang tak mampu den..

Sebelum tu kak D nak ucap Terima Kasih sangat-sangat dengan otai-otai dari team produksi Bapak Aku Punya Studio, Media 1080, HDSLR Media yang diterajui oleh abang MatJepp Bakar..  Vertigo Visuals diterajui oleh Chris Khoo… dan tak lupa juga S7even Studio yang diterajui oleh abang Ari dan Arif Musa. Tanpa anda siapalah Cahaya Diana Studios yer. Hahahaa.. (nampak tak kak D bagi credit awal-awal..). Really appreciate you guys.

Projek Video 1 : Let’s Du-It.
Kategori : Rancangan Realiti TV (12 Episod)
Channel : TV3

Sebanyak 12 Episod di mana kak D terlibat sebagai Pembantu Penerbit sepanjang penggambaran dijalankan. Tugas kak D masa penggambaran Let’s Du-It 2016 ni senang jerr.. Shoot Behind The Scene jer. Hahahaaa.. Meh layan salah satu daripada video BTS Let’s Du-It ni..

Nak tengok video terjah kak D banyak dalam Instagram @cahayadiana_com (cari #BTSLetsDuit2016 )

Dah habis shoot, masuk ke proses seterusnya iaitu Post Production, kak D diamanahkan untuk membuat suntingan akhir (Online Editing) untuk kesemua 12 Episod. Di bawah ni antara episod yang kak D enjoy sangat edit sebab tak tahan gelak dengan lawak selamba 2 peserta selebriti Bell Ngasri & Filzah 😉 …

Nak tengok keseluruhan episod? Klik sini & subscribe Youtube Let’s Du It 2016

Projek Video 2 : Aroma Kasih Sayang F&N bersama Fizo dan Mawar
Kategori : Webisod (8 Episod)
Channel : Youtube

Projek ni kak D hanya terlibat secara tak sengaja untuk proses penyuntingan. Hahahaa.. mana taknya.. tengah shoot BTS Let’s Du-It tetiba abang Jepp mintak kak D stop kejap untuk edit Aroma Kasih Sayang F&N ni. Kak D buat suntingan akhir jer.. Final video. Semua ada 8 episod dan video ni kategori webisod.

 

Projek Video 3 : Iklan PTPTN SSPN-i Plus
Kategori : TVC
Channel : TV3

Kak D follow keseluruhan pembikinan TVC PTPTN SSPN-i Plus ni bermula dari proses penggambaran. Menariknya penggambaran iklan ni dibuat di rumah Bell Ngasri. Model iklan sape tak kenal? AG dan family (siap anak beranak ada bakat lakonan).. kecuali yang girl tu jer ‘anak jiran’. Hahahaa.. Macam biasa kak D buat final editing/ suntingan akhir untuk iklan ni.

 

Projek Video 4 : Iklan CIMB-Petronas Mastercard ‘7 Extreme Habits’
Kategori : Iklan Youtube
Channel: Youtube | Facebook

Projek ni kak D buat suntingan akhir macam biasa. 😉

 

Projek Video 5 : Video Pemasaran Produk Pencuci Tudung eSkay

(7 video belum upload)

Projek Video 6 : Video Pemasaran Produk Hybrid Nutrilab

(6 video belum upload)

Projek Video 7: Video Pemasaran Produk Orlin

(3 video belum upload)

 

Projek Video 8: eSpring Promotion NOV 2016 – 8-In-1 Cooking Master
Kategori : Video Promo
Channel : Youtube

Currently tengah edit video korporat untuk sebuah syarikat pengedar beg berjenama. Hehehee.. ok yang ni kak D KIV dulu lah yer sebab tengah edit. Hahahaa..

 

Ok setakat ini dulu persembahan dari kak D.. Untuk lihat artwork lain silalah ke page Portfolio. Kalau nak berkolaborasi dengan team Cahaya Diana Studios / dapatkan servis video dari kami boeh terus contact kak D yer.

 

Semoga Terhibur.. hehehee

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge