CahayaDiana.com ®

💕 Coretan Hati Cik Editor - Bukan Blog Gosip Artis 💕
Kecantikan | Skin Care

Rangkaian produk penjagaan kulit Syahirah

16/01/2012

Today topik CD ialah Skin Care.. Jeng jeng jengggg…

Ini bukan iklan berbayar yer.. hehehee.. CD sekadar suka2 nk share dgn u ols tentang topik kecantikan. Terus terang jer sebelum ni CD bukan jenis yang sibuk nak menjaga kecantikan kulit atau apa2 je lah bendalah yg menjadi kegemaran kaum wanita ni. CD x penah ambik pot pun hal2 ni tapi lama kelamaan CD tetiba terfikir untuk mejadi seperti wanita2 yg lain.. (poyonyer ayat ku nih.. ;-D). Mungkin sebab faktor usia kan.. ngehngehngeehhhh…mcm x caye jer aku ni dh 30-an.

Baru-baru ni..beberapa hari lepas la CD pegi shopping dgn mak kat Tesco Setia Alam tu. CD memang nak beli pencuci muka tapi masih x tahu nak guna apa. CD ni jenis memakai mcm2 jenis pencuci muka.. So far yang serasi dgn CD iala Olay yg penutup kaler biru tua tu. tapi ntah mcamana hari tu tetiba teringin nak bertukar kepada Syahirah. Maybe la nak yg nampak local n Islamic sikit kut. CD cuba jer sebab CD kalau penjagaan luar CD tak kisah sangat tapi still mencari yang terbaik. Tapi kalau penjagaan dalaman..Wajiblah minum Vemma..heheheee.. of course la yg terbaekkk..

Ok xnak promot Vemma lelebih sbb ni sessi skin care yg CD baru beli di Tesco baru2 ni. Saje la nak cuba kan. Ni lah dia gambonyer nk kasi tunjuk skit kat sini.. hahahaaa…

So now CD bertukar skincare nak try dulu yg ni bagus x. Yang pasti baunya sangat wangi. So far CD baru guna 2 hari and kulit terasa sedikit lembab..hehheee..tak lama lagi sure jadi mcam model dlm gambar tu kan? hahahahaaaa…

Actually tanpa disedari itulah pengaruh iklan. Ramai yg terpengaruh dgn kulit halus mulus model sesuatu produk tu. Macam kat atas ni CD dah mula berangan yg kulit CD akan jadi macam Farah x lama lagi.. hahahahaaaaaaaaaaaaaaaaaa……..memang berangan x tahan.. sure ada yg menyampah kan?

Pada mulanya CD tak tahu nak guna yang mana satu sebab dlm kotak tu ada 4 jenis iaitu Pembersih Muka, Skrub Muka, Penyegar dan Krim Pelembap.. Nasib baiklah belakang kotak tu ada panduan langkah2 penjagaan kulit Syahirah ni.

 Tapi CD x dapat semuanya lagi.. boleh la guna dulu mana yg ada.

So itu dia kisah penjagaan kulit yg hanya bahagian luaran sahaja. Bagaimana pulak dalaman? Yang dalaman tu CD kena betul2 memilih dan pilihan terbaekk CD adalah jus Vemma. Nutrisi yg lengkap utk tubuh badan. Kalau ikutkan CD tak guna Syahirah tu pun xpe..sebab Vemma super juice dah memang membantu agar kulit kita sihat.. Dah complete.  tapi mcm CD cakap tadi.. sesaje nak cuba yang baru…sebab nak jadi macam ‘wanita2 yg lain’..hahahhaa.. n CD still support local product especially barang2 kosmetik/ skincare.. As long as xde la yang over claim macam sesetengah produk tu kan.. 🙂 Tapi when it comes to Super Juice.. Nothing can beat Vemma!! ni bukan overclaim yer.. memang terbukti. Nanti I show u the bukti ok..heheheee… (not this entry larr..)

Super Juice Vemma kini ada dalam bentuk botol comel V2. Dalam kotak ni ada 30 botol comel tau.. 🙂

Jus pilihan CD forever…Minum Vemma pun boleh buat dalaman & luaran kita CANTIKKKK… 🙂

 

 

 

 

 

 

  1. Assalamualaikum.
    Kak Anie suka ayat ini “tapi untuk penjagaan dalaman..Wajiblah minum Vemma..heheheee.. of course la yg terbaekkk.” setuju bangat tu.

    dan ayat yang ini juga

    “Tapi when it comes to Super Juice.. Nothing can beat Vemma!! ni bukan overclaim yer.. memang terbukti. Nanti I show u the bukti ok..heheheee… (not this entry larr..)”
    dok tunggu bukti nya….
    kak Anie ajak kita terjah…Wakaf Al-Quran Bantuan Bencana BanjirMy Profile

    1. Ok jer aten. tapi lama2 kulit akk kering..so now dah bertukar kepada set Mary Kay.. boleh tengok latest post kak D . hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge