CahayaDiana.com ®

💕 Coretan Hati Cik Editor - Bukan Blog Gosip Artis 💕
Q&A | Sinematografi | Software | Unimas

Software yang digunakan di dalam kursus Sinematografi

10/02/2015

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Salam Sejahtera,

 

Entry ini ditujukan khas buat salah seorang pelajar UNIMAS, yang menggelarkan dirinya.. “Heroin Ayah” .Di sini CD nak call dia ‘HA’ jer. HA bertanyakan soalan kepada CD di ruangan komen artikel lepas . Soalannya seperti di bawah:

QnA-STUDENT UNIMAS

 

Nampaknya ada 2 jenis soalan di sini iaitu:

  1. 1) Terangkan sedikit tentang software yang digunakan.
  2. 2) Bagaimanakah sebenarnya kehidupan seorang penyunting, antara kerja dan keluarga?

 

Mungkin sebab lambat respon, HA PM CD di FB macam best jer guna shortform mcm ni. Hahahaa..

Bermulalah perbualan kami di fesbuk pulak.

 

Sebelum jawap.. CD sempat tanya HA 2 soalan..

 

1. OK sblm akk jawab..akk nk tahu kenapa awak nk tukar ke cinema?

 

2. Apa yg awak minat sbnrnya?

 

Jawap HA….

Akak hmm sebenarnya saya minat graphic, and videography And before this saya tak tau actually kos multimedia ni tak macam apa yang saya nak. First thing saya nak share dgn akak saya tak suka math but when I took this program saya terkejut saya jumpa math and also programming Saya sgt kurang jika ada bacaan, saya lbh suka explore my knowledge through searching in YouTube or any video and also saya lbh cekap kendali camera After result 1 sem saya saya baru baru ni, mmg terbukti saya tak dapat teruskan utk kos multimedia programming tu, and nw saya tgh kaji utk kos yg sepatutnya saya ambil samaada seni reka grafik atau cinematography

 

Ooooo OK. Lebih kurang masalah CD dulu jugak budak ni. Heheheee.. Let me explain one by one. Tapi kak Diana bukanlah pro sangat nak cakap bab-bab software ni. Sekadar berkongsi pengalaman ok. Apa-apa keputusan HA yang tentukan. Fokusss..kembali kepada soalan pertama HA tadi.

 

SOFTWARE / PERISIAN YANG DIGUNAKAN DALAM KURSUS PENGAJIAN SINEMATOGRAFI

Sebenarnya software /perisian yang digunakan di dalam kursus Sinematografi tak lah banyak. Semuanya yang berkaitan dengan penyuntingan video sahaja seperti:

  • Final Cut Pro
  • Adobe Premiere Pro
  • Sony Vegas 
  • dll.

 

Senarai yang CD bagi di atas ni adalah antara perisian yang CD pernah gunakan kecuali Sony Vegas. Jangan salah faham.. bukan perisian yang akan diajar di dalam kursus ini yer.. tetapi perisian yang boleh digunakan.. 🙂 Ada beza tu..

 

FINAL CUT PRO

Biasanya perisian ini akan diajar di dalam kelas Asas Penyuntingan Video. Anda akan diajar mengenal permukaan Final Cut Pro seperti  Timeline, Canvas, Bin, Tool dan sebagainya serta apakah fungsi setiap surface tersebut. Untuk software ini anda akan menggunakan komputer Apple yang disediakan oleh pihak Unimas.

Lihat video Basic FCP di atas.

 

Zaman CD belajar di Unimas … sekitar tahun 2003 hingga 2006, kami menggunakan komputer Apple Macintosh. Sekarang ni tak tahulah…mungkin lebih canggih kut.

 

Walau macamana pun, hingga saat ini pun perisian Final Cut Pro masih menjadi tarikan para penyunting video dan filem professional. Pelajar sinema yang dapat menguasai software ni mostly senang dapat pekerjaan bila tamat belajar nanti.

 

Kalau anda terer guna software ni tapi takde job edit boleh cari CD. In Shaa Allah kalau ada mana-mana production house yang perlukan editor sama ada full time atau part time CD boleh la tolong rekemenkan u olls. 😀

 

ADOBE PREMIERE PRO

Adobe Premiere adalah salah satu software yang datang dari kelompok perisian Adobe. Software ni adalah pilihan kedua CD selepas FCP. Adobe Premiere Pro tak kurang hebatnya dengan Final Cut Pro. Bagi yang dah biasa menguasai FCP, pasti anda tidak akan terkial-kial bila bertukar kepada Adobe Premiere Pro.

 

Interface Adobe Premiere Pro banyak persamaan dengan Adobe Photoshop dan Adobe After Effects. Adik beradik ni.. Siapa yang pandai edit gambar menggunakan Adobe Photoshop semestinya akan mudah menguasai APP ni. 🙂


Selebihnya.. ada yang guna Sony Vegas.  Pandai-pandailah student nak pakai perisian penyuntingan video apa pun asalkan tugasan yang diberikan tu siap.. waimma Windows Movie Maker sekalipun, assignment anda tetap diterima oleh lecturer…  heheheee…

 

ADOBE AFTER EFFECTS (Kesan Khas)

Jika anda di kalangan mereka yang meminati kombinasi grafik dan video, atau motion grafik, animasi, kesan-kesan khas yang gempak untuk video anda, CD nasihatkan anda kuasailah perisian Adobe After Effects ni.

 

Penyunting filem dan video yang pandai menggunakan perisian Adobe After Effects, anda memang hebat. CD dulu bolehlah buat sikit-sikit.. tapi sekarang ni dah lama tak guna aplikasi ni. So skill pun dah berkarat. Heheheheee…

 

Perisian AAE ni  memang tak diajar dalam kursus Sinematografi ni pun. Sekali lagi diulangi.. ianya adalah alternatif anda sendiri untuk meng’gempak’kan lagi video anda. So far CD belajar sendiri Adobe After Effects ni di sini.

 

Lihat contoh video montaj yang CD hasilkan menggunakan perisian AAE ni. Buat suka-suka jer ni untuk montaj kumpulan Vemma CD yang lama. 😉


Pensyarah memang takkan hadkan perisian apa yang pelajar boleh guna. Fokus untuk pengajian sinematografi bukan terletak pada software / perisian yang kita guna, tetapi bagaimana pelajar menterjemahkan cerita bermula dari menghasilkan skrip, pengarahan hinggalah ke proses penyuntingan. Bagaimana kesemua visual di edit dan digarap dengan cantik bersama audio / muzik yang sepadan.

 

Bagi CD sendiri tak perlu tahu banyak, cukup sekadar Fincal Cut Pro dan Adobe Premiere Pro. Sebabnya.. bila masuk alam pekerjaan nanti, kebanyakan syarikat produksi di Malaysia menggunakan kedua-dua software yang disebutkan tadi.. Mostly Final Cut Pro lah.

 

Jika ada diantara anda yang berada dalam situasi HA … CD galakkan anda kenalpasti betul-betul apa minat anda. Apa passion anda?

 

Jangan risau kalau tak minat dengan software-software yang CD sebut di atas kerana dalam Sinematografi, anda masih ada banyak peluang kerjaya lain seperti pengarahan, jurukamera, penata cahaya, audioman, penulis skrip, belajar tentang bagaimana nak uruskan sesebuah produksi dan yang sewaktu dengannya. Banyakkan?

 

Buat HA… maaflah kak Diana ni bukan reti explain sikit-sikit sebab awak takkan faham kalau explain sikit. Ni pun dah habis ringkas akak cerita. Sekadar pengenalan kepada software-software yang menjadi ‘mainan’ pelajar Sinematografi.

 

MASALAH TAK SUKA MATEMATIK DAN TAK SUKA MEMBACA

Bahaya tu tak suka Matematik dan Membaca sebab kedua-duanya sama penting dalam hidup kita. Tapi yang paling penting ialah Membaca..

 

Kenapa?

 

Pertamanya, Allah telah memberi isyarat yang jelas kepada kita tentang kepentingan ilmu dengan kalimah “Bacalah…!” bukan “Ingatlah…!” atau “Lihatlah Youtube…!” 🙂 … dan  sebagainya.

 

Sebenarnya setiap pelajar takkan terlepas dari perkara di atas. Ambiklah kursus pengajian apa pun. Anda tetap kena membaca dan mengira. Dalam pengajian Sinematografi, anda dikehendaki membaca tentang Sejarah Sinema di Malaysia, membaca buku-buku rujukan tentang filem dan sebagainya.

 

Dari sudut matematik pula anda dikehendaki membuat kiraan budget production, mengira durasi filem / video , kiraan jarak kamera dengan subjek, mengira bacaan cahaya dalam produksi dan sebagainya.

 

Jika minat yang mendalam adalah penyebab utama, maka teruskanlah bertukar ke Sinematografi. Sebelum tu, diharap anda kaji sedikit peluang dari segi pekerjaan. Tak dinafikan kerjaya sebagai penyunting masih lagi mendapat permintaan tinggi di kalangan penerbit TV dan Filem.

Oklah dah panjang lebar untuk soalan pertama jerrr… Untuk soalan ke-2 tu akak jawab next entry la pulak.

 

Info lanjut mengenai program Pengajian Sinematografi di Unimas terkini, anda boleh hubungi Fendy Azizan (Add Fendy di Facebook) . Fendy ni my junior yang kini sedang bertugas sebagai pensyarah Sinematografi di Unimas. Nanti cakap dia.. kak Dee yang suruh cari dia. Kalau dia tanya Dee yg mana satu? Cakap jer Dee pengarah filem pendek ‘Watikah’. Hahahaaa… :p

 

Wassalammmm…

  1. wah..banyak pengalaman kak CD ni..
    Susah jgk nak jd editor ni.. so kak CD ni bukan calang2 la..
    in shaa Allah.. ada rezeki nak belajar jgk la dgn kak CD..basic pun takpe.. sekurang2nya ada ilmu tentang dunia editor ni..

    1. Biasa jer emma.. ramai lagi editor hebat di luar sana.
      Nak belajar takde masalah. Nanti roger akak ok. Emma buat la video anak anak emma.. sure best.. hehehee..

      1. betul jgk cko kak CD, tp akak antara yg berpengalaman…
        teringin jgk nak rakam keletah anak2 ni.. tp belum smpt nak rakam.. masing2 dah berebut2 nak pegang handset ni.. hahaha..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge