CahayaDiana.com ®

💕 Coretan Hati Cik Editor - Bukan Blog Gosip Artis 💕
Projek Video CDS | Slider | Tips Video

Tips Untuk Penggambaran Video Temubual (OTEC)

29/08/2015

Tips Untuk Penggambaran Video Temubual atau Interview ni kalau diikutkan memang banyak. Tapi untuk artikel kali ni CD just nak share tips penggambaran video temubual atau interview  yang paling simple, tak memerlukan equipment yang banyak. Hanya sebuah camera Canon EOS 7D, tripot dan audio recorder pun hanya gunakan Zoom H1 sahaja.

Terdapat banyak jenis interview. Ada yang spontan, tak dirancang dan ada interview yang memang dirancang. Untuk entry kali ni CD nak share tentang penggambaran video temubual yang memang dirancang , iaitu video UTM OTEC yang CD buat baru-baru ni di UTM, kampus Jalan Semarak.

 

Tips Untuk Penggambaran Video Temubual 

Tentukan jenis video, objektif, durasi dan dimanakah video akan ditayangkan?

  • Jenis video: Video Marketing
  • Objektif Video: Menarik perhatian pelabur korporat dari dalam dan luar negara untuk melabur dalam usaha mendapatkan tenaga dari lautan (Ocean) di mana boleh memberikan keuntungan yang berlipat kali ganda di masa akan datang. Sumber tenaga dari laut ini jugak selamat digunakan berbanding sumber tenaga yang ada sekarang.
  • Tujuan Video: Untuk tayangan semasa majlis ‘3RD INTERNATIONAL OTEC SYMPOSIUM 2015′ (2 Sept. 2015)
  • Durasi Video: 5 Minit
Persediaan awal. Short briefing bersama Dr. Ary. Bincang tentang soalan apa yang akan ditanya kepada Datuk Bakar.

Sebelum tu, Alhamdulillah kerana team Cahaya Diana Studios diberi kepercayaan untuk menghasilkan video marketing ni. Isunya agak berat , jadi kita kena pastikan point yang diberikan sangat kukuh untuk mempengaruhi pihak pelabur.

 

Tentukan siapakah individu yang bakal ditemubual

CD mencadangan kepada client agar memilih individu yang selayaknya untuk diinterview. Dah tentulah seseorang yang berpengaruh dan menyakinkan. Di sini, pihak UTM memilih Prof. Dato’ Ir. Dr. A. Bakar Jaafar (PEng, FIEM, FASc), Co-Chair, UTM Ocean Thermal Energy Centre (OTEC), untuk ditemubual. Kita tak boleh memilih sebarangan orang. Ada sesetengah kes yang memilih ‘asalkan boleh’ jer. Untuk video biasa maybe ya, tapi tidak untuk video marketing lebih-lebih lagi yang memerlukan pelabur untuk melabur bukan dalam jumlah yang kecil, tapi mencecah berbillion ringgit.

Kalau tak rugi jer anda bayar team CDS mahal-mahal tapi tak manfaatkan ‘orang penting’ untuk video marketing anda. 🙂 .

 

Tentukan kedudukan talent (komposisi) dalam frame

Contoh komposisi temubual Datuk Bakar tak perlu pandang kamera. (abaikan kualiti gambar sebab video ni belum final)

Tentukan kedudukan talent semasa ditemubual. Bagaimanakah framing yang anda nak? Untuk contoh ni, keadaan bilik pejabat Datuk Bakar membuatkan CD membuat komposisi Datuk  Bakar seperti di atas, subjek berada di sebelah kiri tapi badan mengadap ke kanan. Pastikan komposisi mengikut Rules of Thirds .  Eyelevel juga penting. Jangan terlalu rendah dan jangan terlalu tinggi Selain tu, Datuk Bakar juga tak perlu bercakap dengan melihat kamera. Labih mudah jika kita minta talent bercakap melihat orang yang mengajukan soalan kepada beliau, seolah-olah bercerita dengan seseorang.

 

Bincang dengan talent dan tunjukkan beberapa contoh video cara bercakap yang menepati kehendak video.

Bila dah hire individu yang berpengaruh untuk diinterview, tak bermaksud individu tersebut boleh terus bercakap dengan lenggok percakapan harian beliau. Brief sedikit dan tunjukkan beberapa contoh video cara bercakap yang berpengaruh. Bukan suruh talent jadi orang lain, cukup sekadar dia cakap penuh bersemangat, ada tone naik dan turun, tak mendatar dan yang penting ‘dari hati’. Itu semua kita yang kena guide / bagi sedikit advice base on pengalaman.  Nak best lagi buat testing dulu sebelum kita rakam betul-betul temubual tu. Orang dah berpengaruh mudah nak guide sebab dia dah biasa bercakap, brief sikit jer dia dah faham tentang kehendak video.

Penting! Pastikan kita bercakap dengan penuh tatasusila. Jangan bunyi macam mengarah dan bossy. Respect tu penting agar relationship kita dengan client kekal lama.

 

Tentukan lokasi : Outdoor atau Indoor?

Ini perkara yang sangat penting, yang menentukan sama ada kita perlu menggunakan lighting atau tak, perlu guna microphone /audio recorder atau tak dan sebagainya. Tapi mostly interview boleh dikatakan wajib untuk kita guna mic /audio recorder.

CD sedang set tup camera, my crew Amri set up audio

Jika shoot di luar bangunan (outdoor) bagi CD lebih mudah dari segi pencahayaan sebab kita akan menggunakan sumber cahaya semulajadi matahari, namun kemungkinan besar pula ada gangguan bunyi. Tapi jika kita ada microphone/ audio recorder yang baik, takpe sebab mic/audio recorder tu akan mem’filter’ bunyi-bunyian yang tak diingini. Suara talent akan lebih jelas berbanding bunyi-bunyian sekeliling.

Jika shoot di dalam bangunan (indoor), pun lebih best sebab ada aircond. Sejukk..dan lebih selesa :p . Hahahaa.. Sila ambil perhatian… Untuk mendapatkan video yang berkualiti, kita tak pentingkan keselesaan crew mahupun talent sebenarnya. Jika terpaksa berpanas, asalkan video berkualiti.. maka berpanaslah kita semua. Yang penting adalah result video. Inilah fakta! 🙂

Jika kita shoot indoor pun, tapi bunyi aircond terlalu kuat, mic pun takde, maka takde istilah sejuk lah sebab untuk mendapat kualiti audio yang baik, kita kena switch off aircond tersebut untuk elak bunyi humming. Get it? 🙂 So, yang penting ialah result video dan audio. Lainlah kalau nak buat video sekadar suka-suka, shooting ditempat crowded tanpa guna mic pun boleh. Tapi anda tengoklah hasilnya. Memang menyampah nak dengar. Heheheee… Editor pun nangis taknak edit.

Audio Recorder Zoom H1 ni sangat membantu

Alhamdulillah.. dalam kes CD ni kitorang shoot indoor, ada sumber cahaya matahari dari depan dan belakang. Ada bunyi aircond yang kuat dari beberapa bilik pejabat lain walaupun bilik Datuk Bakar dah ditutup. Nasib baik kami gunakan audio recorder Zoom H1. Still ok boleh pakai.

 

Minta talent buat ayat power untuk closing!

Di akhir interview.. minta talent bagi satu ayat power yang menyakinkan sasaran audien! Ini amat penting sebagai closing. Satu ayat yang padat menggambarkan keseluruhan produk ataupun yang unforgettable words. Boleh juga guna tagline anda.. Untuk ayat closing ni Datuk Bakar menggunakan perkataan..

“OTEC.. Is A Game Changer..!!”

Alhamdulillah.. shooting berjalan lancar sebab kerjasama dengan orang-orang hebat. In Shaa Allah bila video ni dah siap CD share hasilnya di sini ok. So far pengalaman menghasilkan video ni memang berjalan lancar dan enjoy walaupun lihat wajah masing-masing masa shooting semua serius macam stress jer kan. Maklumlah video marketing ala-ala korporat gitu. Kita bukan buat video klip hiburan nak gelak-gelak. Time kerja macam ni lah.. Tapi syukur sangat-sangat .. Perbincangan pun mudah jer. Dan yang paaaling senang ialah bila crew tu adik CD sendiri.. Ops.. 🙂 🙂 🙂 .

My super cool crew.. Bob Amrey. Dia sebenarnya editor drama. (sempat lagi CD promot adik sendiri) hehehee..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge