CahayaDiana.com ®

💕 Coretan Hati Cik Editor - Bukan Blog Gosip Artis 💕
Artwork | Video Klip

Video Klip Gadis Ayu versi Unimas

27/09/2010

Assalamualaikum & Salam Sejahtera…

Satu malam yang indah, CD sengaja surfing di Youtube kalau ada video klip yang CD edit masa zaman jadi ‘budak skolah’ kt unimas dulu. Maklumlah.. sekarang ni ramai sangat student suka meng’upload’ artwork masing-masing di Youtube … Maka CD pun teringat baliklah video hasil karya pertama CD dalam bidang editing tu.. sama ada sudah ada yang upload ke Youtube atau belum? Taip lah keyword ‘ Gadis Ayu Unimas’.

Nahhh..!! Rupa-rupanya memang dah aderr..

Jommm layannn…  tapi  jangan komen apa-apa tau sebab ni adalah assignment budak skolah jer tau… ngeh ngeh ngeeehhhh… malunyer!

Amacam OK ke KO? Suka hatilah korang nak komen apa yang penting CD happy sebab masih dapat tengok balik artwork masa zaman remaja riang ria dulu..heheheee… ni semangat nak cari balik artwork2 lama nih.. kalau ada kawan2 yg ada simpan artwork2 CD masa di Unimas jom la kita share2 di sini.. bukan artwork CD jer tp nk share jugak artwork kawan2 seperjuangan…sure seronok kan? dapat mengimbau balik kenangan lama dolu2..

Tetiba terharu lak rasa.. inilah video pertama a.k.a video sulung hasil editing CD dan ini adalah sejenis assignment yer.. Assignment berkumpulan & we all combine dgn student Drama. Antara kawan-kawan dalam team CD ni tak lain dan tak bukan si Netty Muhalizza, Faizal Jaffar, Pamella Parimal, Hanafi, Rizana dan Lily .. Barisan pelakon pula ialah Jojo, Hadi & Amy sebagai 3 jejaka yang syok kt ‘Gadis Ayu’ tu.. Lily Lim sebagai gadis ayu ‘original’ manakala Faizal Jaffar sebagai gadis ayu ‘tak original’… hahahaa…

Trivia Clip Video Gadis Ayu (Satu pembongkaran Rahsia);

  • Dialog di awal cerita tu adalah spontan semata-mata dan tidak ada dalam skrip.. malah.. tiada kaitan langsung dengan sesiapa sama ada yang masih hidup mahupun yang telah arwah…
  • Watak Gadis Ayu version ‘pondan’ pada asalnya bukanlah si mamat Faizal  yg berjanggut tu..tetapi Filani memang nak kena budak ni.
  • Di saat2 akhir si mamat Filani nasib baik tiada dalam gambar tetiba tarik diri sebab x confident dgn kemampuan diri sndiri..
  • Akhirnya si mamat Pejal yg berperanan sebagai Director of Photography yg mengambil alih watak Gadis Ayu ver. pond tu. Nasib baik badannya masih slim waktu tu & muat2 dgn pakaian Gadis Ayu Original tu. Tahniah kepada saudara Faizal Jaffar kerana berjaya membawa watak GA (Pond) dgn baik sekali sekaligus menyelamatkan keadaan waktu tu.
  • Oleh kerana Faizal Jaffar adalah Videographer di dalam video clip ini, dan terpaksa menggantikan Filani, maka Videographer yang menggantikan FJ pula ialah CD sendiri. Shot terakhir agak shaking kerana CD tak tahan tergelak-gelak sebab kelako gila… (scene akhir juga spontan yer…)

Last but not least.. CD cuba mencari dan terus mencari di sosial media antara foto semasa penggambaran clip video ni…hasilnya..ini jer yang CD jumpa. Ni pun di Facebook yang dikongsikan oleh encik Jojo..

unimas-gadis-ayu-jojo-lilyJojo dan Lily.. tengah ambik mood untuk salah satu babak di dalam clip video Gadis Ayu tersebut..

unimas-gadis-ayu-jojo-lily-00

Ni pulak antara babak Behind the scene.. nak tahu CD yang mana satu? Dah tentulah yang bertudung merah tu.. hehehee..

K, see yaw..

  1. dee,xtau nak komen apa.tp siyes first tgk dulu,mmg lawak,specially faizal rupa2nya yg jd gadis ayu.hehee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge