Videogirl tersepit di khalayak ramai

Today CD nak share beberapa koleksi foto ketika CD bersama team The Photolicious membuat Live Update event para artis. Menariknya CD sendiri tak perasan yang diri ni turut ‘ter-candid’ dalam foto tu. “Moment” tu yang rare tu.. Hahahaha…  Maklumlah.. kita ni videogirl jer. So selalu sedih sebab dalam video tu takde muka CD (sibuk nak interframe jugakkan). Tapi tanpa disedari… I was spotted in the still pictures. Hahahaaaa…

Sebelum tu ok tak dengan tajuk di atas tu? Hahahaa.. suspen jer kan.. Videogirl tersepit di khalayak ramai. Memang nampak macam tersepit pun. Kesiannn…sapelah videogirl yang malang tu.

Foto di atas nilah yang buat kawan CD bagitau yang gambar CD ada dalam tu. Hahahaa.. terkejut bila member tahu CD ada dalam ‘Surprise Birthday Party Memey Suhaiza’. Bila tanya ‘Mana korang tahu?’.. Rupanya diorang tengok blog hiburan Beautifulnara… Oh ok! Nampak tak minah baju shocking orange tu? Shock pulak bila sedar tu gambar sendiri.

Gambar di bawah ni pulak memang bukan candid lah. Pose biasa jer.. tapi yang tak tahan baju CD tu striking orange kut. Hahahaa… ada aku kesah?

Bila CD cek balik gambar-gambar lain yang diambil The Photolicious rupanya ada lagi gambar CD kat dalam ‘Majlis Sambutan Ulangtahun Datin Nurshahida’ yang ke-30, isteri kepada Dato’ Aliff Syukri Terlajak Laris. Oh yang ni lagi kesian nampak CD macam tersepit di situ. Hahahaa… videografer pun comel sangat.. :p

 

Ok itu jer foto yang dapat CD kesan buat masa ni. Nanti nak cari lagi . Dah jumpa nanti CD top up di sini sebagai kenang-kenangan. 😀

 

Adios..

CahayaDiana

Cahaya Diana - A Lifestyle blogger | Also blogging about personal development, social media tips, family and friends and sharing about production industry. Currently fulltime film editor at No Name Films Factory. ::: Working Experience ➤ Film & Drama Editor @Metrowealth MIG; Script Writer & Graphic Designer @DoubleVision ::: Degree in Cinematography (UNIMAS)

You may also like...

2 Comments

  1. wahhhh, mesti tak sangka banyak gambar yang di ambil
    iuzira ajak kita terjah…group best blogger networkMy Profile

    1. CahayaDiana says:

      yer.. memang tak sangka sbb tgh buat kerja dgn bersungguh2..hehehee..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge