CahayaDiana.com ®

💕 Coretan Hati Cik Editor - Bukan Blog Gosip Artis 💕
Agama | Motivasi

Wanita Yang Terlepas Pandang Tentang NikmatNya

11/02/2013

Kita Selalu Meronta-Ronta Kerana Doa Kita Jarang Dimakbulkan.

Ada seorang wanita tua mengadu kepada seorang Ustaz dengan nada yang sedih.

“Ustaz, saya sangat sedih. Saya bukanlah seorang wanita yang jahat. Hari-hari saya solat, hari-hari saya berdoa, agar Allah berikan sejahterakan hidup saya. Namun,yang berlaku adalah sebaliknya. Saya masih lagi seorang kerani,walaupun sudah 32 tahun berkhidmat di pejabat swasta itu. Saya bekerja kuat, saya tidak pernah bermusuh dengan sesiapa. Tetapi saya tidak pernah naik pangkat.

Ada orang yang kerjanya tidaklah seberapa. Tidaklah terlalu hebat. Tapi dia pandai membodek bos. Dia selalu mengampu itu ini. Walaupun masih baru, cepat dia naik pangkat. Saya tak pandai nak mengampu,saya tak pandai nak membodek. Saya dah bekerja kuat. Saya dah berdoa setiap hari. Tetapi kenapa nasib tak menyebelahi saya?”

Ustaz ini terdiam. Dia memandang ke arah wanita tua itu, dan berkata,

“Mak cik, mak cik tinggal di mana?”

Mak cik itu terkedu,tetapi tetap menjawab, “Mak cik tinggal dengan anak lelaki mak cik di Rasah Jaya,Seremban.

Ustaz ini tersenyum. “Anak-anak makcik ada berapa orang? Berapa umurnya? Sekarang mereka kerjakah?”

Mak cik ini tiba-tiba girang. Lalu dia pun bercerita perihal anak-anaknya. Dia mempunyai 8 orang anak, dia tinggal bersama anak sulungnya. Anak sulungnya merupakan ahli perniagaan yang sangat berjaya. Semua anak-anaknya masuk universiti,dan separuh daripadanya masuk universiti luar negara. Namun, apa yang membanggakan, anak-anaknya selalu pulang ke rumah, menantu-menantunya berasal dari keluarga yang baik,pendek kata, semua anaknya berjaya.

Mak cik ini tidak sedar bahawa cerita tentang anak-anaknya itu mengambil masa hampir sejam. Dia begitu teruja dengan ceritanya itu. Kemudian dia pun meminta diri.

“Eh,kejap ya mak cik.” Ustaz itu menulis sesuatu di atas kertas. “Nah, mak cik jangan baca nota saya ni, hingga mak cik dah sampai rumah,ok?”

Mak cik itu mengangguk. Dia pulang ke rumah. Sesampainya di rumah, dia terus membuka nota itu. Usai membaca nota itu, mak cik itu terus menangis. Nota itu tertulis,

“Mak cik, doa mak cik dimakbulkan. Allah tak berikan mak cik jawatan yang tinggi. Tetapi Allah berikan mak cik anak-anak yang berjaya. Kejujuran mak cik terbukti telah diredai Allah. Mak cik mempunyai anak-anak yang berjaya, yang bagus, yang sentiasa mengingati mak cik, punyai isteri dan suami yang akhlaknya terpuji. Sekarang apa yang mak cik perlu lakukan, berbaik sangkalah kepada Allah. Dia tidak memberikan apa yang kita mahu. Tetapi dia memberikan apa yang kita perlu. Kita asyik dengan permintaan kita,padahal Allah telah beri nikmat yang tidak terkira. Namun kita terlupa.”

  1. Bersyukurlah setiap hari,,lihat apa yang kita ada..apa yang orang lain tidak ada…memang betul ,,rezeki kita tak sama ia datang dalam berbagai bentuk.-.pangkat bukan pengukur kebahagian,,kerana apabila kita sudah mati bacaan talkin nant bukan pangkat yang di bacakan ,hanya nama simati dan nama ibu kita saja yang di sebut …

    alhamdulilah dengan rezeki yang ada sekarang iaitu ilmu yang tidak ternilai…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge