Siri melepak bersama kak Norsiyati Sidek a.k.a kak Yatie Sidek berakhir semalam, Khamis 12 Sept 2013. 3 hari berturut2 CD entertain kak Yatie sejak Selasa lepas. Kak Yatie ni datang jauh dari Kuantan ikut suami ada tugas di KL ni. Dua anak kak Yatie Naim & Firdaus pun ikut jugak. Diorang stay di The Summit Hotel. Nasib baik kak Yatie call CD kan.. boleh la entertain mana yang termampu. Seronok sebab lama tak jumpa. Macam-macam citer & gossip yang dishare. Hahahaa..xde lah. Just planning for our business strategy on Tuesday. Leader hebat Arshad Daza’ pun ada.

Hari Rabu pulak Arshad dah fly ke Jakarta.. (Chop! sempat CD cilok foto di bawah: sumber dari FB Arshad Daza’)

Hari Rabu pulak CD pun xde buat apa2, so keluar bawak Kak Yatie jenjalan kat Mydin Mall pulak di USJ tu.

Kalau ikut nak bawak anak2 kak Yatie si Naim & Firdaus main di Sunway Piramid tapi dah lewat sangat. Tahu je lah area Sunway-Subang ni terkenal dengan jam-nyer yang melampau2.
Syok tengok cara kak Yatie melayan kerenah 2 heronya memilih2 mainan diorang. Finally diorang choose to buy Saidina. Wowww..game ni memang famouse suatu masa dulu tapi CD terus terang tak pernah main pun & tak tahu pun macamana cara nak main sebab tak penah ambik tahu pun. Cuma tiba2 terasa….WOW! these 2 kids memang sempoi lah.. CD can call them dgn ayat cliche mcm ni.. “mereka tak seperti kanak2 yang lain…”. Hahahahaaa… (anyway so sorry sangat sbb x bawak camera lak masa ni..)
Masa nak send kak Yatie balik hotel sempat CD bawak kak Yatie pusing opis lama tempat CD keje dulu.. mana lagi kalau bukan Metrowealth (MiG) kat USJ1 tu. Tapi MIG pun dah berpindah opis ke Pusat Dagangan Petaling Jaya (PJCC)… (tetiba flashback teringat sesuatu..jeng jeng jeng..)… 🙂 .
Ok, Back to the reality..
Hari Khamis pulak (last day) CD bawak kak Yatie pegi Alamanda, Putrajaya. Heheheee..yang ni lebih enjoy kut.. Putrajaya la katakan..
We all jalan-jalan dalam Alamanda tu. (tiba-tiba ter’flasback’ la pulak zaman dating2 dulu kan.. hahahaa…) . But actually CD jarang ke sana pun. Pegi tu pun sebab kak Yatie lepas tu nak ke rumah adik dia di Kota Warisan. So CD just send them to Alamanda lah sebab mudah. Sempat CD lari pegi maxis center utk bayar phone bill (x banyak.. RM330 jer..) :p . Pastu kak Yatie sibuk nak mencari baju utk anak2. Last2 tak cari jugak..standard lah tu kan..
Finally we all pegi makan Sushi atas permintaan si bongsu..Naim.
“Whaattt..?! Sushi lagi? Bukan ke Selasa lepas dah makan?”..tu lah soalan CD tanya kak Yatie..
“Hmm..biasalah D budak2 nie..tiap2 hari nak makan Sushi jer.. Tapi diorang bukan ambik banyak pun.. benda yang sama jugak diorang makan,” kata kak Yatie.
Firdaus & Naim berposing dulu depan restoran Sushi King.. Seronok sangat lah tu dah tak sabar nak makan Sushi..hehehee..
Tengok ler gelagat budak2 nie makan…espcially si abang yang tengah tu.. Mama diorang ni pulak selamba jer makan Wassabi.. masa ni baru CD tahu yang kak Yatie dulu pernah belajar di Jepun selama 4 tahun.. Patut ler…kaannn.. CD pulak? Elok ler tu CD makan sushi ni kan..blh control2 makan sket. Sedang berusaha untuk kurus ni..hehehee..
This is my lunch for the day..jom lihat apa kenama makanan yang dah selamat masuk ke dalam perut CD nie..
No.1: Soft Shell Crab Temaki
Deep fried soft shell crab, fish roe, shredded cucumber, and mayonnaise.
Energy: 87 kcal
No.2: Tobiko
Flying fish roe.
Energy: 92 kcal
No.3: CKT Maki
Crabstick, cucumber, omelette, and chese.
Energy: 183 kcal
Ni ler minuman CD.. Green Tea.. Alhamdulillah..sangat menyihatkan.. Yang bestnyer lepas keluar dari Sushi King..we all jalan2 ter’lalu’ depan kedai Big Apple Donuts and Coffee. Tak sangka si Firdaus minta mama dia singgah kedai Big Apple Donuts and Coffee sebab dia nak makan Donuts.. CD ingatkan dah kenyang sushi dia dah taknak makan dah. Sekali Donut la pulakkan… hai..budak2.. 🙂
Aik? Mana lagi satu donut yg kat atas sblh kanan tu?
Siapa lagi kalau bukan si Firdaus ni yang kebas dulu.. hahahaaa…semangat betul dia makan.
Layan jer la kerenah budak2 nie.. Nasib baik Firdaus pandai snap picture.. sempat CD mintak dia snap foto CD sensorang kan..haaa..baru lah syok. Time ni kak Yatie bawak Naim pegi toilet.. perkara biasa bagi golongan mak-mak bila keluar bawak anak jenjalan.. hahahaaa…
Ok last but not least..sebelum berpisah.. CD sempat dapatkan foto kami berempat sebagai kenang-kenangan.. Nasib baik background cantik kan? Cer teke ni kat kedai mana lak?heheheee…
Ok semoga Kak Yatie sukses selalu dalam bisnes Vemma yer kak.. All the best. Memang CD tak nafikan peranan surirumah dalam mendidik anak-anak memang sangat penting. Nampak jer macam xde buat keje apa2 kan? Tapi sebenarnya tanggungjawab mereka ni sama berat macam kaum suami / bapa sebab mereka adalah insan yang paling rapat dengan anak-anak. Go kak Yatie.. walaupun banyak dugaan dan halangan dalam bisnes Vemma, tapi akk tetap kuat. Insha Allah lepas ni kita akan gegarkan Kuantan semula yer akak.. 🙂
~ Credit~
Special Thanks..
Images credit to..
Arshad Daza’- https://www.facebook.com/arshad.daza
Bangunan Mydin Mall, USJ – http://www.mydin.com.my/
Bangunan Alamanda, Putrajaya – http://www.ppj.gov.my/
Saidina – http://lwjheaven.blogspot.com
Featuring…
Sushi King @ http://www.sushi-king.com/
Big Apple Donuts and Coffee @ http://www.bigappledonuts.com/
hmm..macam2 gelagat budak2 tu kan.. mmg enjoy tgk korang enjoy… sekali sekala turun kl kan kak yati.. jgn lepaskan peluang.. emma pun tak berkesempatan nak explore kl ni…
Oooo… seronoknya..