Assalamualaikum & Salah Sejahtera,

APA KHABAR ANAK SENI? Merupakan satu kempen bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim dan bertanya khabar kepada pekerja Industri Kreatif (IK) terutama sewaktu dalam era pandemik Covid-19 ini.

Kempen ini juga merupakan satu tanggungjawab sosial sesama pekerja IK dalam terus menghidupkan industri melalui pendekatan di media sosial. Ia juga dapat membantu usaha pekerja IK yang sedang menggunakan alternatif lain dalam memberikan servis skil kreatif mereka.

Dengan penggunaan tanda pagar #ApaKhabarAnakSeni diharap akan ramai pekerja IK dapat berhubung sesama pekerja dan masyarakat, sekaligus menjadi platform komunikasi dua hala sesama pekerja IK.

Ia adalah tanggungjawab dan peranan pekerja IK untuk menjaga kesejahteraan sesama kita dan kempen ini menjadi satu ruang yang harmoni untuk pekerja IK terus menghasilkan produk kesenian sewaktu pandemik.

Kempen ini adalah salah satu inisiatif Delegasi Anak Seni (DAS).

Sekian.

Sumber: Facebook Anak Seni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Cahaya Diana

Cahaya Diana - A Lifestyle blogger | Also blogging about personal development, social media tips, family and friends and sharing about production industry. Currently fulltime film editor at No Name Films Factory. ::: Working Experience ➤ Film & Drama Editor @Metrowealth MIG; Script Writer & Graphic Designer @DoubleVision ::: Degree in Cinematography (UNIMAS)

You may also like...