Jumlah kematian semakin bertambah asbab pandemik Covid-19 dan ujian Allah pada kita kali ini semakin hebat. Selalu kita dengar sana sini kematian disebabkan Covid-19. Walaupun rasa sedih, namun kesedihan tu semakin berganda bila berlaku di kalangan orang yang kita kenal.

Tanggal 14 July, kami kehilangan seorang sahabat iaitu Allahyarham Ahmad Zuwairi Che Ramly atau lebih dikenali sebagai Waie Ramly. Mungkin ramai yang tidak mengenali arwah. Suka saya katakan arwah merupakan seorang pejuang dalam industri Nasyid di Malaysia dan merupakan pengasas Nasyeed.com serta pemilik restoran Nasi Ayam Go-Lek yang terletak di Klang.

Saya mengenali arwah semasa kami bekerjasama dalam sebuah konsert amal, Rintihan Hutan awal tahun 2017. Arwah seorang yang sangat baik hati, suka membantu kawan-kawan, tenang dan suka berjenaka. Arwah sangat rapat dengan penyanyi nasyid Daqmie dan Dr. Mir Hazil, pakar Reiki.

Kenangan bekerjasama dengan Allahyarham Waie Ramly dalam konsert The Messenger – Rintihan Hutan 2017

Silaturrahim kami tak terhenti disitu sebab kami merancang untuk bekerjasama lagi di masa akan datang terutama dalam menghasilkan projek muzik video dan juga mengendalikan majlis. Jika ada ruang dan peluang, In Shaa Allah memang suka untuk bekerjasama lagi.

Meeting bersama team Hijrah Diri untuk bekerjasama lagi bagi projek video di masa akan datang. Dari kiri Daqmie, arwah Waie Ramly, Dr Mir Hazil, Puan Shuha Kamis (isteri Dr.Mir) dan Cahaya Diana (kanan)

Namun, saya terpaksa balik menetap di Kedah atas urusan keluarga. Lama kami tak jumpa dan saya mula sibuk dengan projek-projek penyuntingan drama dan filem. Mereka bertiga tetap meneruskan perjuangan sebagai anak seni. Walaupun lama tak jumpa namun kami masih berhubung dan bertegur sapa di facebook.

Apa yang saya ralat, arwah Waie beberapa kali menjemput saya makan di Restoran Nasi Ayam Go-Lek yang baru dibukanya, namun saya masih belum sempat ke sana. Keadaan semakin sukar apabila pandemik Covid-19 menyerang Malaysia. Allahuakbar… Hingga berita kematian Waie saya terima di dalam WhatsApp group The Messengers, terus meruntun hati saya lebih -lebih lagi bila teringat jemputan arwah yang tak dapat saya tunaikan walaupun ianya sekadar jemputan makan sahaja.

Saat mendapat perkhabaran duka kehilangan sahabat kami, Ahmad Zuwairi Che Ramly

Menjengah ke ruang laman Facebook arwah, Subhanallah… ternyata arwah Waie Ramly disayangi ramai. Antara posting yang paling menyentuh emosi saya ialah dari sahabat seperjuangan arwah sendiri yang juga sahabat lama saya iaitu Azmee Abdul Manap atau Daqmie.

Inilah harinya kau membuktikan apa yang kita sama sama janji 15 tahun dahulu..pergi dengan sangat terhormat sebagai orang yang mempunyai iltizam dan tekad..

Memang sejarah itu tiada siapa yang tahu..hanya kita berdua melafazkan nya selepas kita bertemu Almarhum Tuan Guru Nik Aziz di waktu Suboh di Pulau Melaka.15 tahun yang lalu…. kita berdua bagi bagi kerja untuk wawasan ini sampai pada maksudnya kerna pada ketika itu tiada siapa yang mahu buat kerja gila itu…


Dan hari ini kita dapat lihat akan hasilnya..kita sama sama senyum hujung tahun lepas…dan hari ini kau pergi persis seorang pejuang…aku tabik hormat.. kau anggap aku sebagai abang yang gila..yang siapa pun tak akan faham apa dalam otak aku…tapi kau terjemahkan nya sebaik mungkin.. aku tidak akan ada lagi pen terjemah sebaik kau… kali ini aku tak dapat jemput kau balik dari hospital seperti mana di HUKM dahulu..kau pergi sendirian balik ke Rabbul Jalil..

Berehat lah… sehingga kita bertemu semula Di syurga Allah yang mulia..insyaAllah… i love you..

Alfatehah…

~ Daqmie

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Cahaya Diana

Cahaya Diana - A Lifestyle blogger | Also blogging about personal development, social media tips, family and friends and sharing about production industry. Currently fulltime film editor at No Name Films Factory. ::: Working Experience ➤ Film & Drama Editor @Metrowealth MIG; Script Writer & Graphic Designer @DoubleVision ::: Degree in Cinematography (UNIMAS)

You may also like...