Docmal Dokumentari

Tayangan & Apresiasi Dokumentari Anugerah Antarabangsa – 5 BROKEN CAMERAS Anjuran DOCMAL

Kumpulan Pencinta Dokumentari yang dikenali sebagai DOCMAL sekali lagi memecah situasi ‘Lock Down’ dengan menganjurkan Tayangan dan Apreasiasi Filem Dokumentari Anugerah Antarabangsa – ‘5 Broken Cameras’.

Filem Dokumentari 5 BROKEN CAMERAS kali ini menjadi pilihan DOCMAL memandangkan isu Palestin sentiasa relevan dan sentiasa menjadi perbincangan hangat oleh pelbagai pihak. DocMal kali ini bekerjasama dengan program komunikasi Fakulti Kepimpinan & Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Panel-panel khas yang akan diundang adalah Saudara Muslim Imran Pengerusi Palestinian Cultural Organisation Malaysia (PCOM), Dato’ Tuan Asmawi Tuan Umar selaku Ahli Lembaga Pengarah Kesatuan Ulamak Palestin Asia Tenggara dan penampilan khas Pengarah Emad Burnat yang dibawa khas oleh Viva Palestina Malaysia. Moderator adalah Tuan Zaki Haji Abdul Rahim selaku Presiden DocMal.

Official Trailer Dokumentari 5 Broken Cameras:

Kepada anda yang ingin sertai majlis ilmu ini dan berpeluang mendengar sendiri dari pembikin filem dokumentari ini, mohon mendaftar terlebih dahulu untuk menjadi ahli DocMal . Klik link ini untuk mendaftar.

Link Google Meet akan diberi selepas pendaftaran di dalam group Telegram / WhatsApp DocMal.

Terima Kasih – Pengurusan DocMal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Cahaya Diana

Cahaya Diana - A Lifestyle blogger | Also blogging about personal development, social media tips, family and friends and sharing about production industry. Currently fulltime film editor at No Name Films Factory. ::: Working Experience ➤ Film & Drama Editor @Metrowealth MIG; Script Writer & Graphic Designer @DoubleVision ::: Degree in Cinematography (UNIMAS)

You may also like...